|
Herba dan migrain
Migrain
ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan
perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang
membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh
rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.Ia juga kadangkala menimbulkan
kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang
dipanggil aura.Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh
penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia
selepas baligh.Migrain ialah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai
kecenderungan untuk berulang.Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain
yang lebih tinggi berbanding lelaki(75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas
menopaus.
Adakah anda pengidap migrain? Jika anda mempunyai dua dari simptom-simptom
dibawah , bermakna anda juga tergolong dalam golongan domina yang mengidap
migrain.Biasakah anda mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan pada
pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami
sakit kepala?Atau anda seperti melihat sinar cahaya yang amat terang hingga
terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda mempunyai
aura disekelingnya? selalunya gejala ini akan berlaku selama 15 hingga 20 minit
dan diikuti oleh sakit kepala yang teruk. Adakah anda biasa mengalami sakit
kepala yang teruk dan berdenyut-denyut disebelah atau satu bahagian kepala
sahaja? Atau anda biasa mengalami diikuti oleh muntah atau cirit-birit? Biasakah
anda merasa amat sensitif dan takut pada cahaya yang terang(fotofobia), merasa
amat sensitif pada bunyi(fonofobia) dan merasa amat sensitif pada bau (osmofobia)?
Jika anda memang mengalami dua dari gejala diatas bermakna anda
berkemungkinan mengalami migrain. Walaubagaimanapun anda perlu mendapatkan
nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan atau
kesimpulan.
Walaupun begitu sukar untuk menemui penawar yang benar-benar boleh mengubati
migrain , keadaan masih boleh dikawal. ubat-ubat dan penawar migrain selalunya
membantu pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan gejala yang dialami ketika
diserang migrain.Artikel ini akan menjurus pada penggunaan herba untuk menangani
masalah migrain.
Antara herba yang biasa digunakan untuk merawat migrain atau sakit kepala
ialah pokok sembung (blumea balsamifera) dari famili compositae. bahagian yang
digunakan ialah daun dan bahagian atas bunganya.Sejenis bunga yang dipanggil
feverfew atau nama saintifiknya chrysanthemum parthenium dari famili compositae
juga sesuai dijadikan teh dan di minum dua kali sehari.Selain itu pokok lemuni
atau nama saintifiknya vitex trifolia var negundo dari famili verbenaceae boleh
digunakan dengan cara merebus enam sudu besar daunya yang telah dipotong halus
dan juga bunganya dengan 2 gelas air selama 15 minit. Air ini disejukkan dan
ditapis untuk diminum setengah daripadanya dalam selang masa antara 3 hingga
empat jam.
Rosemary atau nama saintifiknya rosmarinus offiicinalis dari famili
labiatae boleh dijadikan teh dengan cara merebus daunnya yang telah dikeringkan
dan biarkan terendam selama 10 minit sebelum diminum. teh ini tidah boleh
diminum oleh pengidap epilepsi dan wanita hamil.St john's wort atau
nama saintifiknya Artemisia vulgaris, juga dikenali dengan nama damong maria di
filipina,
|