Semaian Herba Hutan |
Pada 9 Januari 2005 saya telah berkesempatan untuk singgah di rumah Encik Mat Desa yang terletak di Kampung berona, Jeniang, Kedah. Beliau juga menjadikan kawasan sekitar rumahnya sebagai tapak semaian yang di penuhi oleh ratusan spesies tumbuhan herba dengan pelbagai kegunaan.
Encik Mat Desa banyak membekalkan benih tumbuhan herba , khususnya yang diperolehi dari hutan pada jabatan-jabatan kerajaan dan swasta yang mengkhusus dalam bidang herba seerti MARDI, FRIM dan lain-lain lagi. Selain dari itu beliau juga membekalkan benih tumbuhan herba untuk tujuan penyelidikan yang dijalankan di universiti tempatan.
Antara tumbuhan pelbagai kegunaan yang boleh didapati di sini ialah pokok derhaka mertua, katih belalang, melada pahit,pecah kelambu(kecil dan besar), kacip fatimah, tongkat ali, misai adam, mata itik dan mata pelanduk, terung asam, belalai gajah, asin-asin gajah, siong beruang, siong ular, keladi bemban, saga burana dan pelbagai spesies lain lagi.
Selain dari membekalkan benih tumbuhan herba Encik Mat Desa juga memberikan khidmat perubatan alternatif menggunakan herba
|