Kain Bawal fabrik selesa untuk tudung.

Tujuan utama bertudung ialah untuk menutup aurat sebagai memenuhi tuntutan agama bagi seorang muslim.Disamping itu juga aspek keselesaan pemakaian tudung juga dititik beratkan. Tudung yang dipakai tidak boleh jarang kerana tidak memenuhi syarat bertudung mengikut agama islam.Walaubagaimanapun dalam cuacu kita di Malaysia yang panas ini, sukar untuk mencari kain yang sesuai, nipis tetapi tidak jarang.

Oleh kerana kain bawal memenuhi ciri-ciri ini , ia mula menjadi pilihan utama untuk dijadikan tudung dalam pelbagai carak dan rekabentuk. Bawal juga dikenali sebagai voile dalam bahasa inggeris boleh di bahagikan kepada 3 jenis iaitu,

1.bawal No 1 (dikenali juga dengan nama bawal akhbar). Kain jenis ini juga dipanggil japanese voile.Ia merupakan jenis kain yang baling cantik. Ia akan cantik terletak bila digayakan sebagai tudung.Ia tidak perlu diseterika selalu, kerana selepas diseterika ia akan kekal terbentuk walaupun direnyukkan.Ini merupakan kain bawal gred A dan harga paling mahal berbanding dengan kain bawal lain.Kain bawal ini juga tahan lasak dan akan tetap terjaga elok walaupun dipakai bertahun-tahun.Basuhan mesin juga tidak akan mencacatkan kehalusan tekstur kain ini. Walaubagaimanapun tudung bawal dari kain ini perlu diberikan penjagaan kursu kerana sulaman dan tampan kristal yang menghiasnya. Ia cuma boleh dibasuh dengan basuhan tangan dan tidak boleh diberus untuk menjaga batu dan sulamannya agar tetap cantik.

2. Kain bawal gred kedua ialah bawal No 2 atau korean voile. Bawal ini tetap selesa dipakai. teksturnya juga hampir menyamai Bawal no 1, cuma susunan benangnya lebih rapat , jadi ia kelihatan lebih tebal sedikit dari bawal No 1.Untuk menjaga kain ini.Bawal jenis ini juga banyak disulam untuk dijadikan tudung.Harganya murah sedikit berbanding dengan bawal no1.

3. Bawal cina atau chinese voile. Bawal jenis ini merupakan yang paling murah. Ia lebih sesuai digunakan sebagai tudung harian.Sulaman ringkas cukup untuk menghiasi tudung daripada kain bawal jenis ini kerana ia tidak tahan lama. selalunya selepas kerap dicuci , tekstur kain ini akan berubah dan ia akan kelihatan seperti berkerutu di permukaannya. teksturnya akan rosak dan ia mula tidak selesa dipakai.

Walau apa pun pemilihan fabrik yang digunakan sebagai tudung, apa yang paling utama ia memenuhi tuntutan bertudung itu sendiri mengikut ajaran islam dan Al-Quran.