Senggugut
Senggugut atau "period pain" kerapkali dialami oleh wanita
ketika kedatangan haid . Peringkat ringan senggugut biasanya akan mendatangkan
gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan kitar daid yang tidak
menentu.Senggugut yang dialami dizaman remaja atau sebelum berkahwin kadangkala
boleh hilang selepas berkahwin namun sesetengah kes ia boleh kekak dan menjadi
lebih serius.
Senggugut yang lebih serius pula akan berlarutan hingga
mendatangkan masalah lain seperti kemandulan. Apakah yang menyebabkan senggugut
berlaku?Pengeluaran sejenis bahan - prostoglandin secara berlebihan akan
menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugt.Otot rahim akan mengecut
(contraction) dengan lebih cepat.Apakah pula yang menyebabkan pengeluaran
bahan kimia ini?
sesetengah penyakit pada sistem reproduksi juga boleh
menyebabkan senggugut antaranya seperti jangkitan kuman,ketumbuhan pada salur
peranakan dan rahim yang dinamakan fibroid.Pengeluaran hormon yang tidak
seimbang juga boleh menyebabkan dinding rahim menebal dan mendatangkan penyakit
lain yang dinamakan endometriosis yang boleh menyebabkan kemandulan.Kitar haid
yang tidak teratur disebabkan oleh terlalu kurus atau terlalu gemuk juga boleh
mendatangkan senggugut.
Amalan tradisi turun temurun yang diamalkan oleh nenek moyang
kita untuk mengurangkan kesakitan dan juga merwat senggugut masih boleh
diamalkan hingga sekarang. Sesetengah individu merasa leih selesa menggunakan
produk herba atau tumbuhan herba untuk menangani masalah ini.
BAGAIMANA HERBA BOLEH MEMBANTU PESAKIT SENGGUGUT?
Teh pahit tanpa gula dikatakan dapat meringankan masalah
senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah
gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.Buah petola yang biasa ditanam
dikampung-kampung khabarnya dapat mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat
diamalkan dengan mudan sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan
dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid. Ada pula yang
mengamalkan pengambilan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus.Segelas
rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam
seminggu sebelum kedatangan haid.Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur
juga boleh membantu, caranya jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan
haid.
Selain daripada itu daun kemunting cina yang biasa tumbuh
liar dikawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk
mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang.Tumbuhan ini yang dikenali juga
dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara dan ros pantai selalunya
boleh dijumpai dalam 2 warna, ungu dan putih. untuk tujuan mengubat senggugut
pilih pokok yang berbunga putih.Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya
yang tua kedalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari
ketika senggugut.Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan
mengikut kaedah yang sama. Bezanya ia diminum dua kali sehari.Pucuk rambutan
yang direbus dan dijadikan ulam boleh dijadikan ubat untuk senggugut.
Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai
pokok nilam yang banyak ditanam disekeliling rumah juga boleh membantu merawat
senggugut . Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air, Tapis dan
minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.Madu memang banyak khasiat dan
kegunaannya. Madu yang dicampur bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk
lumat dicairkan ke dalam segelas air panas diminum setiap kali sebelum sarapan.
Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.Daun dedap yang biasa
digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah,seulas
bawang putih dan digaul bersama cuka nipah.Campuran berupa pes ini ditampal pada
bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.
Halia ialah herba yang paling mudah ditemui. Halia juga
berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. 5 cawan air direbud bersama
20 g halia,10g kayu puti, 10 g jintan manis ,10 g kulit kayu manis sehingga
surut menjadi satu cawan.Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.Secekak
pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama direbus dengan 3 cawan air dan
biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan.Air ini ditapis dan diminum
ketika senggugut menyerang |