|
|
Buah | Herba |
Hiasan |Sayur |
Semua Tumbuhan |
bantu kami membuat kajian dengan klik disini. Terima kasih atas penyertaan anda
jintan hitam |
|
| Nama Tempatan: | jintan hitam |
| Nama Saintifik: | Nigella Sativa |
| Nama Lain: | Black cumin,Kalonji, habbatus sauda, black seed, love in the mist, fitches,black caraway, black onion seed,charnushka |
| Famili: | Ranunculaceae |
| Lokasi dijumpai: | Tumbuhan rempah |
| Asal: | |
|
| keterangan: |
Jintan hitam telah digunakan sejak dahulu kala , asalnya ia digunakan oleh orang-orang parsi dan shonaiz dalam masakan dan perubatan mereka.Ia berasal dari kawasan medditeranean, namun kini ia juga ditanam di Afrika utara dan sesetengah bahagian asia seperti india.Pokok jintan hitam mempunyai daun yang halus dibahagian bawah manakala bahagian yang hampir dengan bunga dan pucuknya mempunyai daun yang agak besar (5 -10 cm panjangnya) dan menyerupai pokok fenel. Jintan hitam dihasilkan dari bijinya.Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih.Tumbuhan semusim ini mencecah antara 12 hingga 18 inci ketika matang(ketika bijinya dituai).Buahnya pula berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji-biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal.setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan bertukar menjadi hitam selepas terdedah pada udara.Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam kubur Firaun yang terkenal, Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya. |
kegunaan:
| Ia digunakan dengan banyaknya dalam garam masala.Hipoccrates menggunakan jintan hitam sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman.Ia juga digunakan oleh ahli perubatan greek lain untuk mengubat sakit gigi,sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing.Ahli perubatan islam yang terkenal Ibnu Sina didalam bukunya , mencadangkan jintan hitam digunakan untk meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat.Jintan hitam juga di kenali sebagai BRM(biological response modifier) kerana satu kajian di barat menunjukkan ekstrak dari bijinya adalah toksid kepada sel kanser (kajian dijalankan dimakmal terhadapat tikus. Ia juga dapat menghalang darah dari menjadi toksid yang disebabkan oleh ubat anti kanser cisplatin.Kajian makmal juga menunjukkan sel kanser yang disimpan dalam inkubator bersama ekstrak jintan hitam tidak dapat menghasilkan faktor untuk pertumbuhan (fibroblast growth factor) dan protein berkalogen yang diperlukan untuk perlukan untuk pertumbuhan tumor.Selain itu ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih.Bagaimanapun, penemuan ini masih diperingkat kajian lagi.Pautan jintan hitam:
1.http://www.shamanshop.net/store/proddetail.cfm/ItemID/16303.0/CategoryID/15500.0/SubCatID/3735.0/file.htm
http://www.planetherbs.com/articles/nigella.html |
|
|
English Translation |
| Commmon Name: | |
| Botanical Name: | Nigella Sativa |
| Other Name: | Black cumin,Kalonji, habbatus sauda, black seed, love in the mist, fitches,black caraway, black onion seed,charnushka |
| Family: | Ranunculaceae |
| Location: | |
| origin: | |
|
| Description: |
|
Usage:
| |
|
|
Beri Ulasan Anda
Ulasan pembaca
skygate formulator
suite 18, 1st floor,
tingkat teluk kumbar 2,
bandar baru teluk kumbar,
11920 bayan lepas,
pulau pinang.
hotline-017-4266 700.
MR ZECK ( FORMULATOR )
SKYGATE FORMULATOR MAMPU MENCIPTA, MENGHASIL DAN MENGELUARKAN SEMUA PRODUK BERASASKAN HERBA TRADISIONAL MALAYSIA BAGI PENJENAMAAN BARU.
*MAKE YOUR OWN BRAND NOW*
*YOUR FUTURE BEGINNING BY YOUR OWN BRAND*
UNTUK KETERANGAN LANJUT,
SMS KAN NAMA DAN ALAMAT ANDA.
KAMI AKAN MENGHANTAR SENARAI PRODUK YANG KAMI HASILKAN SECARA PERCUMA.
JANGAN TUNGGU LAGI.
~ PROFESSIONAL FORMULATOR
|
SALAM PEMILIK BLOK INI.. SAYA ADA COPY SEDIKIT INFORMASI TUMBUHAN HERBA ANDA DARI BLOG ANDA UNTUK DI EDIT DALAM BLOG SAYA. SAYA PUN BERMINAT NAK BUAT BLOG TENTANG HERBA. TERIMA KASIH JUMPA JUGA BLOG MELUR NI N BANYAK MAKLUMAT DAN ILMU BOLEH DIKONGSI. SYABAS SEMOGA MELUR.COM MAJU!!!
~ KAKI BLOG
|
Saya setuju ngan pak chaq.
Baru2 ni adik saya yg belajar di UPM serdang, bawa balik jintan hitam/habbatus sauda dalam botol kecil. Lecturer dia jual untuk tujuan kuatkan ingatan. Panduan pemakanan yg diberi macam yg disebutkan oleh pak chaq.
~ abid
|
Maajun Habbatus Sauda.
200gm jintan hitam di goreng kering atas kuali (tanpa minyak). Apabila terbit bau, keluarkan dan kisar menjadi serbuk. Pindahkan ke dalam mangkuk dan campurkan 2-3 sudu madu. Campuran akan menjadi berketul-ketul dan melakit. Uli dengan tangan dan buat biji-biji kecil sebesar biji lada hitam (atau besar sedikit). Simpan di dalam botol kedap udara.
Ambil beberapa biji 3,4,5,6,7 sehari.
Khasiat: menurunkan darah tinggi dan kolesterol dalam darah. Pengambilan selama 2 minggu InsyaAllah akan menunjukkan kesan yang signifikan.
~ Sheik
|
Ambil 7 biji jintan hitam lebih elok yang dibawa balik dari Mekah baca Bismillah,selawat keatas Nabi dan niat minta pada Allah untuk menyembuh segala penyakit dalam tubuh badan kita amalkan seminggu sekali Insyaallah dengan izin Allah penyakit akan beransur pulih dan anda akan berasa perubahan yang amat ketara
~ pak Chaq
|
Mengikut kajian jintan hitam mempunyai 35% kandungan minyak. Antaranya omega3 dan omega6 yang mana kedua-dua elemen ini sangat baik untuk pembentukan minda.
~ jeff. kdrm
|
Habbatus sauda ini saya minum jika ada tanda2 nak demam. Dgn kuasa Allah memang mujarab, tak jadi nak demam.
~ Jeep Kurnia
|
Amalan memakan jintan hitam memang bagus. Kandungan dalam sebiji jintan hitam mempunyai banyak kelebihan berbanding herba yang lain. Saya ada mengamalkan memakan jintan hitam kesannya amat baik, antaranya senang buang air besar, melawan demam, selsema, tidak cepat letih, membuang toksid dalam badan,(masukan maggi kedalam air panas tunggu hingga kembang, kemudian masukan iodin kedalam maggi tersebut. Air tadi akan bertukar warna kepada warna kebiruan...ini tandanya adakehadiran bahan kimia atau bahan perwarna yang mendatangkan toksid pada badan kita... selepas itu masukan serbuk jintan hitam yang telah ditumbuk kedalam maggi tersebut dan kacau, warna air itu dengan serta merta akan melarutkan warna kebiruan kepada jernis kembali. tapi kesan warna hitam jintan hitam akan nampak, tapi yang pastinya warna kebiruan hilang. ini bermakna jintan hitam dapat melarutkan toksid dalan badan kita.Boleh cuba sendiri...
~ suca_02
|
Diantara produk kopi segera yang berteraskan minuman kesihatan, kopi segera yang berasaskan jintam hitam adalah yang terbaik dan berkhasiat untuk dijadikan minuman amalan.
~ haji fadzil
|
Nabi Muhammad bersabda lebih kurang maksud,berubatlah dgn Habbatus sauda (jintan hitam)ianya menjadi ubat segala penyakit kecuali mati.saya dah try bagus.memanaskan badan dan mengubati sakit sendi,urat.
~ Bullah,penang.
|
Saya berkerja di Sudan dan di sini memang banyak terdapat Habbatus Sauda, atau Jintan Hitam.Minyaknya banyak di Jual di Umm Durman. Saya dah try minum minyaknya sapai dua sudu, tapi tak mati pun. Tapi terasa panas sikit. Tapi and tidak digalakan mengambil dos yang banyak, sedik sahaja.Paling bail ambil secubit kecil dan ratah dalam mulut. Pahit sikit tapi best.
~ Abg Sam
|
jintam hitam jika diekstrak menjadi minyak sangat berhasiat untuk kegunaan luar. jika di minum, pengguna hendaklah campurkan setitik dua sahaja dalam minuman. jika terlebih dos (satu sudu teh) akan membawa maut.
~ MNA, MARDI serdang.
|
khasiat jintam hitam. jika ditumbuk sehingga hancur dan dicampurkan madu yang dibubuh ke dalam air hangat lalu diminum dapat mengubati penyakit batu karang.
~ fajarsiang@yahoo.com
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|
|
|