|
|
Buah | Herba |
Hiasan |Sayur |
Semua Tumbuhan |
bantu kami membuat kajian dengan klik disini. Terima kasih atas penyertaan anda
Cekur Manis |
|
| Nama Tempatan: | Cekur Manis |
| Nama Saintifik: | sauropus androgynus |
| Nama Lain: | Taruk manis, asin-asin, cekup manis, sweet leaf bush,katuk, ma ni chai, |
| Famili: | Euphorbiaceace |
| Lokasi dijumpai: | Sayuran |
| Asal: | |
|
| keterangan: |
Tumbuhan yang popular sebagai sayuran di Malaysia ini boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tidak dicantas.Namun untuk mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan ia perlu dicantas selalu hingga mencapai ketinggian 1-2 meter.Ia membiak melalui dua kaedah biasa iatu biji benih dan keratan batang namun benih yang dihasilkan melalui keratan batang lebih bermutu.Ia mempunyai daun yang berwarna hijau gelap dan tersusun rapi di kiri dan kanan tangkai.Buahnya berwarna putih ketika muda dan akan berubah menjadi merah samar atau coklat ketika matang.Daunnya yang masih muda sedap dijadikan sayuran seperti dijadikan masak lemak, sup dan digoreng bersama udang kering. Pucuknya yang masih muda begitu rangup dan mempunyai rasa seakan-akan asparagus.Selain dari dijadikan sayuran ia juga boleh dijadikan pewarna makanan sama seperti daun pandan dan warna yang dihasilkan oleh daun cekur manis lebih gelap dari warna yang dihasilkan oleh daun pandan. Ia juga selalu dicampur dengan perahan daun pandan untuk mendapatkan warna yang lebih gelap.Keistimewaan tumbuhan ini ialah walaupun telah dimasak warna hijau gelapnya tetap kekal.Bunga dan buahnya juga sedap dijadikan sayuran.Daunnya mengandungi banyak provitamin A karetinoid,terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar.Ia juga mengandungi vitamin B, C protein dan mineral.Kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua.Tumbuhan ini tumbuh dengan lebih subur dikawasan yang agak redup, ia boleh bertoleransi terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat) dan boleh tumbuh dikawasan tanah liat. Serangga perosak utama tumbuhan ini ialah sejenis kumbang Adoretus sinicus. |
kegunaan:
| Cekur manis digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. ia juga di gunakan untuk menghitamkan rambut bayi.Jusnya boleh digunakan untuk mengubat sakit mata dan demam.
Namun pengambilan berlebihan cekur manis juga dikatakan boleh membawa kepada masalah paru-paru: sila rujuk |
|
|
English Translation |
| Commmon Name: | |
| Botanical Name: | sauropus androgynus |
| Other Name: | Taruk manis, asin-asin, cekup manis, sweet leaf bush,katuk, ma ni chai, |
| Family: | Euphorbiaceace |
| Location: | |
| origin: | |
|
| Description: |
|
Usage:
| |
|
|
Beri Ulasan Anda
Ulasan pembaca
kat tpt sya org pangge juga asin-asin/cekak maneh. daun n pucuk memang sedap buat sayur lemak campur udang makan tghari ngan sambal belacan pedas, woih.. meleleh air lior, tapi skg sya tak sesuai lagi ngan daun pokok ni ada rasa fening-fening kefala. Rope-ropenye sulur(batang pucuk muda) lagi sedap rangup/krupp n tak pening lalat macam makan daun. Sulur ni ambil hat boleh getus ngan tangan shj kemudian getus pandak-pandak buleh masak berbagai, sayur-goreng ngan udang,bilis,telor,daging, apa apa lah memang sedap -manis.
~ BaniMaaruf
|
pokok ini sangat bisa bagi mereka yang menghidap darah tinggi. saya selalu campur dalam bubur nasi bagi anak-anak makan sangat sesuai untuk minda badan cergas.
~ nora
|
sapu pada rambut baby untuk melebatkan dan menghitamkan rambut
~ nor
|
pokok ini juga elok dimakan untuk menambah darah dalam badan,melebatkan bulu roma.
~ tokayahbatin
|
saya memangil pokok ni...asing-asing... mak sgt suka masak lemak santan.tak sangka amat berkhasiat
~ fynaz
|
Daun nya yg ditumbuk, boleh dibuat pewarna tapai pulut..hasilnya tapai berwarna kehijauan,nmpk menyelerakan..taklah kaler putih, mcm muntah kucing jer...
~ annaz
|
daun cekur manis ini sangat sedap jika di masak sup di campur dengan suhun dan sedikit cendawan kering bersama udang hidup, sedap makan waktu masih panas, tapi cekur manis ini tidak sesuai di makan olih mereka yang mengidap pening kepala, terutama nya warga tua.
~ ima, Brunei
|
Daun pucuk manis. Untuk umur 35 th kebawah sahaja. Yang lebih tua kena siapkan ubat banyak-banyak. Kalau tidak nanti masuk angin kepala berasap.
~ Bangnuard@yahoo.com.my
|
saya ada tanam. sedap dimasak lemak campur keledek. tak sesuaiii untuk orang sakit kencing manis atau darah tinggi. sape tak tahan, sakit kepala.
~ nz
|
Masa saya kecik2 dulu, mak saya selalu masak gulai daun ni. Best... Tapi kami panggil daun ni CEKAK MANIS... Bunga dia tumbuh kat pelepah daunnya. Mudah ditemui kat tepi perigi. Biasanya orang kampung macam saya selalu makan daun ni... orang bandau tak pernah makan kott....
~ nurisham@jpa.gov.my
|
saya selalu makan daun pokok ini buat masak lemak
~ fajarsiang@yahoo.com
|
Kalau badan jenis mudah berangin tolong jauhkan dari memakan sayur dari daun pokok ini.
~ Nuar D, Kjg
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|
|
|