Garuda |
|
| Nama Tempatan: | Garuda |
| Nama Saintifik: | Ruta Angustifolia |
| Nama Lain: | Aruda, inggu, Rue,Ruta,Herb of grace, common rue,garden rue, herby grass |
| Famili: | Rutaceae |
| Lokasi dijumpai: | |
| Asal: | |
|
|
keterangan: |
Pokok garuda atau pokok inggu ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari negara Eropah namun telah beradaptasi dengan persekitaran tropika dengan jayanya dan didapati tumbuh liar Di Negara negara tropika.Pokok yang beraroma kuat ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian hingga 1.5 m. Ia mempunyai batang berkayu yang kecil dan mempunyai cabang yang banyak.Daunnya berwarna hijau muda manakala bunganya yang akan muncul di hujung ranting mempunyai warna hijau muda.Buahnya kecil berwarna coklat dan berbentuk lonjong. Ia mempunyai biji benih yang berbentuk buah pinggang.Ia membiak melalui dua cara iaitu biji benih dan keratan batang.Namun kaedah keratan batang lebih banyak dipraktikkan.Ia biasa juga ditanam dikawasan kebun terutamanya di Indonesia sebagai racun serangga semula jadi. Ia di tanam diantara tumbuhan lain sebagai penghalau serangga perosak. |
kegunaan:
|
Dalam perubatan tradisional pokok garuda digunakan terutamanya untuk mengubat penyakit seperti epilepsi(gilababi),hernia, histeria, flebis(radang pembuluh darah) dan athritis.ia juga digunakan untuk merawat penyakit lain seperti untuk menurunkan kepanasan badan bagi yang mengalami demam tinggi. Penggunaa dengan dos yang terkawal boleh merangsangkan otot uterus dan menggalakkan pengeluaran haid dan boleh digunakan sebagai penarak kehamilan. Tetapi awas kerana ia juga boleh menyebabkan keguguran bagi wanita hamil.Penggunaan secara terus seperti memakan terus pokok ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman. Penggunaan yang terlalu kerap dan dengan dos yang berlebihan boleh mengundang maut. Sungguhpun begitu pokok ini amat popular dikalangan pengamal perubatan herba.Oleh kerana tumbuhan ini mengandungi kandungan toksin yang tinggi, ia amat berpotensi untuk dikormersialan sebaga racun serangga organik.Rujukan: artikel oleh Dr Shahrul di Myherba group, IPTEKnet |
|
|
English Translation |
| Commmon Name: | |
| Botanical Name: | Ruta Angustifolia |
| Other Name: | Aruda, inggu, Rue,Ruta,Herb of grace, common rue,garden rue, herby grass |
| Family: | Rutaceae |
| Location: | |
| origin: | |
|
|
Description: |
|
Usage:
|
|
|
|
POKOK GARUDA AMAT POPULAR PADA MASA SEKARANG OLEH ITU SAYA KOMERSILKAN UNTUK BAHAN PERUBATAN DAN POKOKNYA SAYA TANAM MELEBIHI 15 POKOK WOI...RAMAI JUGA YANG BERMINAT.... ADA MAKSUD SENDIRI DI SEBALIK POKOK TERSEBUT
~ asrinda
|
Kawan2, bagaimana cara penjagaan pokok garuda..sesiapa yg pandai boleh tolong beri nasihat...
~ am kajang
|
pokok nie dikatakan boleh menyebabkan keguguran? bagaimana ia boleh menyebabkab keguguran...?nasihatkan?
~ am
|
saya amat memerlukan pokok ini untuk mrngubati anak saya. puas mencari akhirnya saya dapat jugak pokok ini dikawasan sg.buloh.
~ hasraf
|
ooooohhhhh jauh berbeza dari ulam raja. Pokok ni kalu xsilap saya, xberbunga, ulam raja berbunga pink. Bau pokok ni menyengat idung.
~ abid
|
mak saya penah kate, pokok ni bole jaga uma. Wallahualam.
~ abid
|
Ada orang cakap inggu boleh menakutkan syaitan. Sesiapa yang ada bayi,inggu boleh jadi tangkal.
~ sani1070A
|
salam semua..ada org ckp pokok ni sesuai tuk mengubat kanser paru2 ye ke??amat memerlukan jika betul info ini..
~ nde79
|
Rue in my garden.
~ Noraida Arifin
|
pokok ini dibuat minyak digunakan untuk merawat sawan.dengan cara memangkah pada dahi dan sendi.
~ adi forestry
|
daunnya ada iras2 sikit tapi cuba pegang, baunya melekat kat tgn , pergghhhhhh....busuk giler
~ Sirna
|
Kenapa rupanya macam daun ulam raja??
~ Amy
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|