|
|
Buah | Herba |
Hiasan |Sayur |
Semua Tumbuhan |
bantu kami membuat kajian dengan klik disini. Terima kasih atas penyertaan anda
Pulut-pulut |
|
| Nama Tempatan: | Pulut-pulut |
| Nama Saintifik: | Urena Lobata L. |
| Nama Lain: | Pepulut,caesar weed,pulutan,aramina,hibiscus burr,jute africain(french),dadangsi apaka,hibiscus burr, aramina, caesarweed, pink Chinese burr, urena burr, bur mallow |
| Famili: | Malvaceae |
| Lokasi dijumpai: | Belukar dan semak samun |
| Asal: | |
|
| keterangan: |
Tumbuhan dikot ini merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh liar di tepi-tepi jalan atau kawasan belukar dan semak kecil.Ia dipanggil pulut-pulut kerana ciri buahna yang akan melekat pada bulu haiwan atau pakaian manusia yang tersentuh padanya. Ini ialah salah satu cara penyebaran pembiakan tumbuhan ini. Bunga pepulut berwarna merah jambu dan mempunyai lima kelopak dengan satu stigma ditengahnya.Seimbas lalu bunganya seolah-olah berbentuk bunga raya.Bunganya kecil dengan garis rentas berukuran lebih kurang 1.5-3 cm.Ia dikategorikan sebagai tumbuhan renek (sub-shrub) dan bukan tumbuhan semusim.Ia boleh mencapai ketinggian hingga 1-2 m. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan menjadi coklat apabila matang. Buahnya mempunyai bulu yang keras dan boleh melekat pada bulu haiwan dan pakaian.Ia mudah membiak melalui biji benih. |
kegunaan:
| Walaupun tumbuhan ini dianggap sebagai semak samun dan belukar di Malaysia dan Negara-negara asia, di Brazil ia ditanam di ladang untuk mendapatkan fibernya, yang terhasil dari batangnya. Di Brazil fiber yang terhasil dari batang pepulut dikenali sebagai aramina atau dikenali sebaga congo jute di afrika.Jut ini banyak digunakan sebagai contohnya dijadikan tali dan guni.
Dalam perubatan tradisional , daunnya digunakan sebagai penawar untuk sakit perut. Akarnya pula digunakan untuk merawat rheumatik dan lumbago. |
|
|
English Translation |
| Commmon Name: | |
| Botanical Name: | Urena Lobata L. |
| Other Name: | Pepulut,caesar weed,pulutan,aramina,hibiscus burr,jute africain(french),dadangsi apaka,hibiscus burr, aramina, caesarweed, pink Chinese burr, urena burr, bur mallow |
| Family: | Malvaceae |
| Location: | |
| origin: | |
|
| Description: |
|
Usage:
| |
|
|
Beri Ulasan Anda
Ulasan pembaca
sangat mujarab untuk cirit- birit. ambil akar dan asah pada pasu insyallah 2x minum masalah cirit birit pasti sembuh.
~ nora
|
ambil daun + air, dremas hingga blendir. sapu drambut tp bauny masya Allah! busuk! amalkn (jgn hr ni sapu, esok nk hasil). Insya Allah mlebatkn rambut.
~ sexygurlzslurp@yahoo.com
|
petu orang dulu2 akarnya boleh dikunyah untuk menghilangkan sakit gigi
~ Shid
|
Pokok kelulut nie, emak saya guna utk sapu sawang pada dinding rumah kat kg dulu,selalunya sebelum hari raya. Pokok kelulut ni dia akan ambil dalam secekak, dua dan diikat pd hujung galah yg panjangnya 2/3 depa utk sapu dinging2 rumah (kerana rumah org perak tinggi - bawah rumah boleh parking kereta). Bila daun tu dah kering, dia akan gantikan dgn daun yg baru sehinggalah habis selesai kerja, selalunya dia akan buat 3/4 galah lagi utk anak2nya bantu. Dinding rumah akan jadi bersih kerana sawang/sarang labah2/habuk akan melekat pd daun2/buah kelulut yang kuat mencekamanya - tak payah beli plastik penyapu sawang.
~ teduh45
|
org sebut jugak pokok kelulut. kalu lekat kat rambut alamat kena botak kepala le.
~ zamtia
|
kalau diramas ianya akan mengeluarkan bau semacam bau pulut..
~ Admin@Moderator
|
Selain daripada itu , Pulutan yang dikenali sebagai kelulut atau pulut lembu turut merupakan tumbuhan yang bernilai ubatan . Pulutan ialah sejenis tumbuhan belukar dengan nama saintifiknya ialah Urena lobata dan berasal dari famili Malvaceae . Air masakan akar pulutan digunakan untuk merawat kelahiran yang tidak normal , sakit perut dan demam . Daunnya berkesan dalam mengubati luka potong dan setelah dimasak boleh digunakan untuk merawat mencret . Bunganya yang berlendir apabila ditumbuk dapat merawat bisul .
~ dipetik dari http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan
|
Menurut emak saya, pulu2 berbunga putih shj yg mempunyai nilai perubatan...tapi agak sukar dicari..
~ zarina
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|
|
|