Kemunting |
|
| Nama Tempatan: | Kemunting |
| Nama Saintifik: | Rhodomyrtus tomentosa (Ait.) Hassk. |
| Nama Lain: | Dunduok (kadazan dusun),Gangrenzi(cina),Downy rose myrtle, downy myrtle, hill gooseberry, hill guava,Isenberg bush, myrte-groseille,rose myrtle |
| Famili: | Myrtacea |
| Lokasi dijumpai: | Tumbuhan liar |
| Asal: | |
|
|
keterangan: |
Merupakan tumbuhan yang biasa tumbuh sebagai semak samun di Hawaii dan Malaysia kemunting juga menjadi tumbuhan yang biasa menguasai kawasan lapang dan terbiar di Thailand. Ia merupakan tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter.Batangnya yang muda mempunyai bulu-bulu pendek yang halus dan padat.Daunnya tersusun secara bertentangan, berbentuk ringkas dan berbentuk bujur.Permukaan daun berkilat dengan warna hijau gelap manakala bahagian bawah daunnya mempunyai bulu-bulu halur dan berwarna hijau pudar.Bunganya berwarna merah jambu, dengan lima kelopak. Ia mempunyai banyak stamen dengan 5 filamen berwarnamerah jambu dan saiznya berukuran (garis rentas) 2.5 cm.Satu atau lebih bunga tersusun pada tangkai bunga.Buahnya kecil (beri) dengan ukuran garis rentas lebih kurang 1.3 cm, berwarna ungu gelap dengan isi yang manis dan berbau harum.Kemunting hidup subur dikawasan yang tanahnya mempunyai kelembapan yang tinggi terutamanya berhampiran dengan paya atau sungai. Namun ia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai jenis tanah seperti tanah pasir dan tanah yang agak masin.Di Malaysia dan Thailand kemunting biasa dijumpai hidup dikawasan tanah pasir dan juga kawasan yang berpaya. |
kegunaan:
|
Di Malaysia, masyarakat kadazan dusun merebus akar kemunting untuk menjadikan air rebusannya sebagai penawar untuk muntah berdarah.Air rebusan ini (lebih kurang 150 ml)diminum tiga kali sehari selama tiga hari.
Buahnya yang manis boleh digunakan untuk membuat pai dan juga jem. Di kawasan selatan Thailand buah kemunting yang masak ranum dan manis rasanya dimakan bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam. |
|
|
English Translation |
| Commmon Name: | |
| Botanical Name: | Rhodomyrtus tomentosa (Ait.) Hassk. |
| Other Name: | Dunduok (kadazan dusun),Gangrenzi(cina),Downy rose myrtle, downy myrtle, hill gooseberry, hill guava,Isenberg bush, myrte-groseille,rose myrtle |
| Family: | Myrtacea |
| Location: | |
| origin: | |
|
|
Description: |
|
Usage:
|
|
|
|
makan pucuk utk mghilangkan cirit birit.
~ bondasha
|
pokok ni banyak terdapat kg kita tempinis besut terengganu..buahnya besar ibu jari.. manis....kalu biasa lalu ikut jalan kota tinggi mersing... dkt kawasan rompin n selepas tu pun ada banyak .. banyak kat tepi jalan kadang kalu ada pokok gajus ... pokok kemunting ni pun ada....kita dah semai 3 pokok.. nak tanam dalam pasu. ada sedara kita tanam kat dalam pasu besar duk kat kaw taman perumahan... sekali berbuah punyalah banyak... dia kata nak suruh anak dia kenal n tau apa itu rasa dan macammana pokok n buah kemunting
~ adq2429@yahoo.com
|
buahnyer kalu masak purple kehitaman, kalu blom masak hijau... dulu mase kecik2 selalu berebut kutip buah yg masak ngan kakak & sepupu... batang pokoknyer agak licin cam pokok jambu batu... buahnyer sangat sedap...
~ nu-ha
|
rindunyer nak makan buah kemunting. nasib baik x mengandung huhuhu... kalu x payah tul nakjumpa sekarang...
~ tweetycome_l@yahoo.com
|
dulu kecik-kecik mesti gi umah pakcik kat kampung tengah kluang johor kutip kemunting ni. ada hajat nak cuba try test tanam, tapi kat mana nak dapat benih hek... ada sapa-sapa tau
~ amin tupai
|
budu satu tempayan,ulat seekor itulah teka teki masa bebudak dulu.bentukbuah kemunting seperti tempayan,biji nya yg byk di umpamakan budu,empulurnya pula di umpamakan ulat.picitlah buah yg masak ranum,akan terkeluar biji dan empulurnya.
~ fadhil
|
aslm,boleh bagi tahu lebih detail tentang ciri2 pokok ini,dan adakah pokok ini ciri2 pokok yang ade getah?
~ adhi
|
Kedua2 gambar adalah pokok kemunting.
Jelas sekali buahnye adalah buah kemunting. Saya suke makan mase kecik2 dulu. sekarang pokok 2 da mati. Pokoknye rimbun sgt.
Pokok senduduk lebih meninggi.
~ abid(indahcemerlang@yahoo.com)
|
KECIK-KECIK DULU KAT KELANTAN SAYA SELALU KUTIP DAN MAKAN BUAHNYA SEDAP DAN MANIS DAN BANYAK BIJI
~ MAY
|
Gambarnya double. Satu diatas dan satu dibawah. Rasanya dibahagian bawah tu pokok senduduk kalau tak silap saya
~ Pak Leh
|
akak... mcm mana nak dapat pokok kemunting ni ek... nokbuak research ar..
~ surin
|
Pucuk muda pokok nie boleh dimakan untuk masalah cirit-birit isya-Allah dalam beberapa minit sakit perut akan ok. Tapi pahik sikitlah...
~ -sham, pahang
|
oloh ho jamae kechik dulu suko makae buoh kemuting..
~ lloni
|
banyak terdapat di kawasan berpasir belukar terutama di sebelah pantai timur.buahnya tidak boleh dimakan banyak kerana menyebabkan sembelit
~ adi forestry
|
Terima kasih pada mak yang selalu cerita pengalaman masa kecil termasuk makan buah kemunting ni
~ Nor
|
Memang banyak kat terengganu. Masa keterangganu bersama emak dua tahun lepas , ada ternampak hutan pokok ni ditepi jalan kalau tak silap dari KT ke kuala Nerang. Mak yang nampak , lepas tu berenti keta ...tangkap gambar sikit, tapi lupa di mana
~ Nor
|
member citer ttg buah ni,xpenah tgk so p umah dia,cari kat serata pntai,susah dh nk jmpa buah ni,lastly jmpa jugak sebijik warna purple, mmg beh mkn buah dia, first time dpt rasa kat jertih tganu..
~ achee b
|
Ni bukan pokok senduduk. rasanya lagi manis dan sedap. Lain benar dari pokok senduduk
~ Nor
|
buah dia tu boleh makan mcm tu je....best cubalah try...
~ adalah....
|
sama tak dgn pokok senduduk? Bunganya ada lain sikit dari senduduk kampung. tapi dari ualsannya macam sama je.
~ hilda
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|