Paku Tunjuk Langit |
|
| Nama Tempatan: | Paku Tunjuk Langit |
| Nama Saintifik: | Helminthostachys zeylanica |
| Nama Lain: | Paku tunjuk langit(Malaysia)/akar tunjuk langit, jelai (orang asli malaysia), pancar bumi(jawa), flowering fern, Australasian fern, di wu gong(china), hak tin hung(laos), toshigoho(jepun) |
| Famili: | ophiglossaceace |
| Lokasi dijumpai: | dikawasan terbuka seluruh kawasan tropika.Di semenanjung Malaysia |
| Asal: | |
|
|
keterangan: |
Paku pakis dari keluarga ophiglossaceace ini boleh dijumpai dikawasan terbuka seluruh kawasan tropika.Di semenanjung Malaysia ia paling banyak dijumpai di kelantan dan terengganu Selalunya ia dijumpai di kawasan redup yang terbuka dan bertanah liat atau laterit seperti di kebun getah.Ia hanya dijumpai dikawasan bertanah rendah.Di jawa ia di jumpai di pinggir hutan atau dibawah semak yang jarang hingga kekawasan yang ketinggianya hampir 400 meter dari paras laut.Pertumbuhan pokok ini juga dikatakan bergantung kepada sejenis kulat yang terdapat didalam tanah.Spora yang diterbangkan angin memerlukan kulat tersebut sebelum dapat bercambah.Batangnya berupa rizom di bawah tanah dan dari rizom ini munculnya akar-akar serabut yang tebal.Daunnya adalah dari jenis daun majmuk yang terdiri dari banyak anak daun. Bahagian paling atas yang merupakan sporangium yang terbuka menegak keatas. Sporangium ini tersusun rapat tetapi tidak melekat antara satu sama lain dan membentuk kapsul yang hampir bulat bentuknya.Pada kapsul tersebut terdapat satu garis pembahagi(fisura). Apabila matang sporangium akan pecah mengikut fisura ini dan spora dilepaskan untuk pembiakan.sporangium ini bebentuk seolah-olah bunga dan kerana ini ia dipanggil flowering fern dalam bahasa inggeris.Selain mempunyai nilai perubatan yang tinggi paku pakis ini merupakan sayur dan ulam yang menyelerakan. |
kegunaan:
|
Bahagian yang digunakan: akar,rizom keseluruhan bahagian pokok diatas permukaan tanah. Perubatan china menggunakan herba ini sebagai penawar demam(antipyretic,
1. Mengubat penyakit batuk rejang.Rizomnya ditumbuk hingga halus dan dikunyah bersama pinang.
2. Berak berdarah(disentri).Akarnya ditumbuk halus dan direbus. Air rebusan ini ditapis, disejukkan dan diminum.
3.Lemah syahwat. Keseluruhan pokok ini termasuk akarnya direbus dan air rebusan ini diminum.
|
|
|
English Translation |
| Commmon Name: | |
| Botanical Name: | Helminthostachys zeylanica |
| Other Name: | Paku tunjuk langit(Malaysia)/akar tunjuk langit, jelai (orang asli malaysia), pancar bumi(jawa), flowering fern, Australasian fern, di wu gong(china), hak tin hung(laos), toshigoho(jepun) |
| Family: | ophiglossaceace |
| Location: | |
| origin: | |
|
|
Description: |
|
Usage:
|
|
|
|
MACAM MANA NAK GUNA AKARNYA?BOLEHKAH DIMAKAN TERUS, DIKERINGKAN ATAU DIREBUS AKARNYA? SAYA NAK CUBA, BOLEH AJARKAN SAYA..
~ HAFIS KK
|
saya berumur 29 tahun,dan seorang pesakit buah pinggang.sudah 2 tahun saya hemodialisis.saya ada membeli minuman herba yg mengandungi ramuan paku tunjuk langit dan ekstrak keladi murai,adakah pokok ini yg d maksudkan??dan bolehkan saya sembuh jika terus mengamalkan meminum minuman ini??kos minuman herba ini pula RM 190.00 SEKOTAK...atau bolehkan saya buat sendiri untuk jimatkan kos??? T.Q
~ AIDA SHAH ALAM..
|
Bunganya yang telah matang akan berdebu, boleh digunakan untuk merawat kutil atau ketuat. Ambil bunga yang telah matang dan gosok pada kutil atau ketuat. Lakukan berulang kali...ketuat atau kutil akan tanggal. Akarnya digunakan untuk merawat lemah syahwat. Cabut pokok perlahan-lahan, basuh dan makan akan akarnya secara mentah. Pokok yang muda boleh dijadikan sayur goreng.
~ Cinot
|
pokok paku tunjuk langit ni memamg jika minum air rebusan ia kuat tunjuk sampai tuan belum lagi bangkit ia dah bangkit selamat ...mencuba ????
~ anak cakna kesihatan
|
laa banyak khasiat rupanya pokok ni. kat kebun getah banyak...ada tanam sebab nampak cantik... kalu gitu kawe nak tanam banyak2...
~ adq2429@yahoo.com
|
sapa ada jumpa buah tjuk Lngit yg pait piang? sya bru dpt dri org asli.ada pompuan endon kat kedai sya kta dia org buat ubat utk 27 jenis
penyakit. La ni ada org promosi buat kapsul 10 bj smpai RM90. Klu 1 klo bji dia org asli jual RM400.Mak Duit tu!!!!!ingat ..Bukan paku tjuk langit yg ini.jgn confuse.
~ zamtia
|
pokok tunjuk langit ini,pada 12/10/2009 saya ada nampak di kawasan hutan belum perak,semasa saya dan rakan-rakan dari frim membuat kajian dikawasan hutan belum,pokok ini hidup subur ditepi hutan yang sedikit lembab tepi tasik belum,pokok ini hidup merata-rata agak banyak sangat sesuai dengan persekitaran tanah yang lembab.jika tuan-tuan ingin membuat kajian sila pergi kehutan belum taman negeri tasik banding.
~ Mohd.Hadzri Bin Abdullah,USM,Pulau Pinang
|
kalau takat pokok ni den bule bg free yo x yah boli tp utk buek koleksi tumbuhan herba la
~ romie n roses
|
akar pokok ni tokwan makan ngan sireh mcam makan sireh piak.hairan jugak. rupanya buat tnaga btin. patut lah ehem....dgar dia bisik2 ngan pakngah mcam mana tunjuk mencanak pokok tu mcamtu lah.......dot.sensor
~ zamtia@gmail.com
|
Pokok Paku Tunjuk Langit yang belum kembang lurus dan tajam seperti ekor belangkas,ambil dan letakkan diatas nasi masih panas...jika dimakan pasti ummmp
~ Tok_Ayah Kuala Rompin
|
kalau inginkan anak pokok tunjuk langit sila hubungi saya di nombor di atas sepokok RM5 sahaja
~ sirchott
|
pokokni memang baik
~ chott
|
dimana saya bisa dapatkan bibit pancar bumi/tunjuk langit ini ? krn saya ingin budi dayakan tanaman obat ini. tolong infomasikan ke
e-mail saya. terima kasih.
~ Tris (blueviery_raid@yahoo.com)
|
di tempat saya pokok ini di kenali sebagai pucuk seri beguna tak tau pulak kegunaan nya, masa saya kecik2 dulu makcik saya selalu bawa saya kehutan kutip pokok ni, untok di buat sayur di campur dengan pucuk ubi kayu masak tumis rasa nya sedap.
~ inoi
|
di tempat saya pokok ini di kenali sebagai pucuk seri beguna tak tau pulak kegunaan nya, masa saya kecik2 dulu makcik saya selalu bawa saya kehutan kutip pokok ni, untok di buat sayur di campur dengan pucuk ubi kayu masak tumis rasa nya sedap.
~ inoi
|
tapi dia mengaktifkan orang berpenyakit darah tinggi dan kencing manis,tak sesuai untuk orang ada penyakit tersebut
~ amri1997
|
Seeeeeeedap bah....
~ Camay
|
Ia banyak terdapat dalam kebun getah ayah mertua saya di Kedah, saya selalu minta ayah mertua saya mengutip pucuk tunjuk langit ini untuk dibuat ulam.Ia direbus dulu, rasanya agak manis dicicah dengan sambal belacan lagi sedap
~ jasmie_my@yahoo.com
|
Menurut Buku Kesejahteraan Wanita diterbitkan oleh Mardi, akar pokok ini sesuai untuk mengubati mandul...Cuba try..kalo mujarab bagi tau kengkawan
~ acikpeah@yahoo.com
|
Pokok ini juga boleh dijadikan sebagai sayuran. Di kampung Sawangan dalam daerah Kuala Penyu Sabah, kebanyakkan penduduk kampung memetik pokok ini dari hutan untuk dijadikan sayur dengan cara menumis dan digaul dengan ikan masin. Enak sekali. Penduduk tempatan menggelarnya sebagai "tongkat langit".
~ Malik Mapat
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|