Kesumba |
Kami masih mengusahakan gambarnya,sila kembali lagi untuk melihat gambarnya
|
| Nama Tempatan: | Kesumba |
| Nama Saintifik: | Bixa orellana L. |
| Nama Lain: | Annato, lipstick tree, thideng,thidin,kesumba, kesumba keling,chompuh chralok,cham pu, xiem phung, sinduri,virpushpa |
| Famili: | Bixaceae |
| Lokasi dijumpai: | Kelantan |
| Asal: | Amerika selatan |
|
|
keterangan: |
Merupakan sejenis tumbuhan renek yang berasal dari Amerika selatan dan banyak ditanam di Malaysia sebagai tanaman hiasan.daunnya berwarna hijau tua dan berbentuk ringkas.bunganya bersar berwarna putih atau merah jambu. Buahnya dilitupi oleh bulu-bulu lembut yang panjang dan berwarna merah pekat.Ia banyak ditanam di kampung-kampung berhampiran dengan perigi. |
kegunaan:
|
Di Kemboja dan indonesia daunnya digunakan untuk merawat demam. daunnya digunakan dinegara kita sebagai ubat selepas bersalin. |
|
|
English Translation |
| Commmon Name: | |
| Botanical Name: | Bixa orellana L. |
| Other Name: | Annato, lipstick tree, thideng,thidin,kesumba, kesumba keling,chompuh chralok,cham pu, xiem phung, sinduri,virpushpa |
| Family: | Bixaceae |
| Location: | |
| origin: | Amerika selatan |
|
|
Description: |
|
Usage:
|
|
|
|
Mak saya pesan jangan dekat dengan pokok ni masa saya kecik dulu. Dulu saya teringin nak makan buahnya.
~ kukacak
|
ingat masa bebudak amik warna merah biji dia wat gincu balik umah kena pnmpar jepun.
~ zamtia
|
boleh tengok gambar di laman web
http://www.prn2.usm.my/mainsite/plant/bixa.html
Maklumat ni saya copy dari laman web di atas.
Bixa orellana
Pengenalan
Famili: Bixaceae
Nama Melayu: Kesumba, Inai Keling, Kunyit Jawa,Anatto, Jarak Belanda
Nama lain:.Annatto, lipstick tree, Achiote, Arnotta.
Penerangan
Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 20 kaki. Daunnya berwarna hijau dan berbentuk seperti jantung. Buahnya pula tersusun secara bergugusan dan bewarna merah serta berbulu lebat. Apabila matang ia bertukar kepada warna perang kehitaman dan merekah serta menampakkan biji biji bewarna merah.
Kegunaan
Sebagai pewarna dalam makanan, pakaian, kayu kayuan.
Keracunan
Bahagian beracun: Daun, buah, akar
Bahan aktif: Bixin, norbixin
Bixin (m.w 394)
Kesan Keracunan
Tumbuhan ini boleh menyebabkan cirit birit dan keradangan pada kulit. Ujian keatas tikus mendapati ia meningkatkan paras glukos dalam darah.
~ abid(indahcemerlang@yahoo.com)
|
Betllah gambar yang ditunjukkan pada link yang diberi dibawah. Terima kasih
~ nor
|
cuba link ini utk gambar:
http://www.nybg.org/bsci/belize/Bixa_orellana.html
http://www.virtualherbarium.org/gl/bixa/bixaorellana.htm
minta admin confirm. tq
~ cap ayam
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|