MELUR.COM
Email : support@melur.com

Laman utama |Siapa Kami | Produk | Buku | Komuniti |Buku pelawat |Sertai Kami |

E-books
Herbal Remedy
Produk Pilihan Melur
RM3 Benih Cekur hitam
Benih Cekur hitam RM32 Laksa plants package
Laksa plants package
RM5 Benih hempedu bumi
Benih hempedu bumi
Melur.com

Promote Your Page Too Follow melurcom on Twitter

Lihat lebih banyak produk lagi >>>
10 Produk Paling laris
Mencari Produk ? :

Dapatkan naskah anda disini
Google books preview
Beli Buku ini

Daftar baru
ID pengguna:
Kata Laluan:

Carian Produk

Pautan menarik

1. Senarai nama saintifik
2.Rawatan Kanser menurut Al-Quran
3.Flowers of Malaysia

Simpanan artikel
1.Migrain dan herba
2.Leuorrhea(keputihan): Masalah yang kerap dialami wanita
3.Herba membantu Senggugut
4.Racun bena putih
5.Mengawal dan menghapuskan bena putih
6.Tip mengatasi dan mencegah sakit kepala
7.Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi
-sumber Mingguan Wanita April04
8.Penawar Kanser: Pokok Harum Sundal Malam
(Berita dari Mingguan Malaysia Isnin 6 Dis 04)
9.Semaian Herba Hutan
10.Herba Untuk Asma/lelah
11.Kain Bawal fabrik selesa untuk tudung.

Sertai kami di Myherba
Disokong oleh health.groups.yahoo.com
Laporan trafik kami secara terperinci

Sertai kami
Hantar artikel anda
Hantar Petua
Hantar Resepi
Senaraikan syarikat
Artikel
Petua
resepi
diskusi
Pengalaman
BLOG PENGARANG
Iklan percuma
Direktori Herba
Direktori Pengeluar
Jadual penanaman
Lihat Katalog Melur.com
Pautan Lain


Ruangan iklan untuk disewa,hubungi nor@melur.com
5 Produk paling baru
1. Laksa plants package
2. anak benih holy basic
3. Anak benih pokok garuda
4. anak benih cempaka kuning
5. Anak benih bunga kesidang

Buah | Herba | Hiasan |Sayur | Semua Tumbuhan |

bantu kami membuat kajian dengan klik disini. Terima kasih atas penyertaan anda

Kesidang

Nama Tempatan:Kesidang
Nama Saintifik:vallaris glabra
Nama Lain:Bunga kerak nasi, bunga tikam seladang, bread flower.
Famili:Apocynaceae
Lokasi dijumpai:tumbuhan dihalaman
Asal:Pulau Jawa

keterangan:

Pokok kesidang atau dikenali juga dengan nama pokok bunga kerak nasi di bahagian utara semenanjung Malaysia atau bunga tikam seladang di pantai Timur merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Apocynaceae. Ia juga dikenali dengan nama bread flower di Negara-negara barat. Tumbuhan yang dipercayai berasal dari kepulauan jawa ini merupakan sejenis tumbuhan memanjang dengan batangnya yang kecil tapi berkayu dan keras serta mudah lentur. Sifat batangnya yang mengemabang pada bahagian hujungnya menyebabkan ia menjadi pilihan sebagai tanaman untuk menghias junjung atau pergola di taman. Walaupun ia juga boleh sentiasa dipangkas untuk membentuk pohon renek yang merimbun. Kulit batang dan daun  kesidang mempunyai getah yang berwarna putih.

Pokok kesidang atau nama botaninya vallaris glabra ini ditanam kerana bunganya. Bunganya yang berwarna putih mempunyai saiznya kecil dan menerbitkan bau wangi yang seakan-akan bau daun pandan. Ia juga dipanggil bunga kerak nasi bukan hanya kerana warnanya yang putih dan bentuk jambak bunganya yang seakan-akan kerak nasi, tetapi kerana baunya juga. Baunya jika diamati seolah-olah menyerupai bau nasi. Satu kajian dilakukan oleh sebuah Universiti di Chieng Mai Thailand untuk menngenalpasti bau nasi yang terdapat pada bunga kesidang. (rujukan: http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=Retrieve&db=pubmed&dopt=Abstract&list_uids=12517110).  Bunga yang kecil ini tersusun membentuk jambak bunga. Baunya yang harum semerbak ini menyebabkan ia juga digunakan seagai ramuan untuk membuat bunga rampai setelah dicampur dengan baha-bahan lain seperti daun pandan dan bunga-bunga wangi yang lain. Masyarakat melayu tradisional juga menjadikan bunga kesidang sebagai hiasan rambut anak-anak gadis dan wanita. Ia juga dijadikan hiasan alat-alat istiadat seperti tepak sirih. Bunga kesidang melambangkan tanda hormat bagi masyarakat melayu. Ia juga melambangkan kesopanan dan sikap lemah lemut orang melayu. Kerana itu juga Ia telah dijadikan bunga rasmi bagi Negeri Melaka yang terkenal dengan ketinggian adat istiadat dan budaya.

Tambahan pula dengan kehadiran bunga kesidang yang wangi ini taman anda akan sentiasa meriah dengan kunjungan rama-rama dan burung kelicap yang menggemari bunga ini.

Pembiakan pokok kesidang
Kebanyakan tumbuhan jenis memanjat selalunya dibiakkan dengan kaedah tut walaupun sesetengahnya juga mudah tumbuh melalui keratan batang dan percambahan biji benih. Pokok kesidang juga boleh dibiakkan dengan kaedah tut dan keratan batang.Satu kaedah lagi yang digunakan ialah dengan melenturkan batang pokok ini hingga menyentuh tanah. Batang ini kemudiannya ditindih dengan menggunakan benda berat, contohnya batu-bata dan dibiarkan hingga akarnya tumbuh.Setelah akar tumbuh, bahagian yang telah  bercambah ini boleh dipotong dan ditanam ditempat lain. Kaedah ini di namakan ‘layering’ dan merupakan kaedah paling mudah untuk membiakkan tumbuhan memanjat.

Penjagaan
Pokok kesidang tergolong dalam kategori tumbuhan yang mudah dijaga dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi.Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk menghasilkan pengeluaran bunga yang optimum. Walaupun begitu , ia tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu terik sehingga daunnya menjadi kemerah-merahan. Ia Paling sesuai ditanam ditempat yang mendapat lebih kurang 50% cahaya matahari.
Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram dua kali sehari pada hari-hari yang panas terik.Ia memerlukan medium yang memberikan saliran yang baik.

Berikan baja bunga dua minggu sekali untuk memastikan ia mendapat segala keperluan untuk bunganya. Pangkas bahagian yang berbunga setelah bunganya layu untuk memastikan tunas baru yang mampu menerbitkan bunga baru tumbuh. Berikan sokongan kepadanya dalam bentuk para atau pergola untuk mengangga batangnya jika anda mengambil keputusan menjadikannya pokok memanjat. Jika tidak pastikan pemangkasan sentiasa dilakukan supaya ia dapat menjadi pokok kecil yang rendang dan rimbun.

kegunaan:

Ia Digunakan sebagai bahan untuk membuat bunga rampai dan hiasan rambut.

English Translation

Commmon Name:
Botanical Name:vallaris glabra
Other Name:Bunga kerak nasi, bunga tikam seladang, bread flower.
Family:Apocynaceae
Location:
origin:Pulau Jawa

Description:

Usage:


Beri Ulasan Anda


Ulasan pembaca


nak beli anak benih pokok bunga kesidang, ada jual tak?
dalam katalog tak ada stok, kalau ada informkan nanti.
~ nani, sandakan

Bunga Kesidang yang saya tanam bukan sahaja bewarna putih tetapi bercampur warna merah dalam setiap jambak, sangat menarik dan berbau wangi!
~ Aizan Sulaiman

bunga tikam seladang amat jarang didapati. bunga ini mempunyai nilai tradisi seperti bunga chempaka dan kenanga.
~ lloni

Kesidang baru mengeluarkan bunga.sorry gambar kurang sharp skit.
~ Nor

Ulasan gambar: Minta maaf gambar bunga tak ada lagi tapi kalau nak tengok bunga dari website lain boleh ke:
http://images.google.com.sg/images?hl=en&q=vallaris+glabra&btnG=Search+Images
~ NORAIDA ARIFIN
Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker
Tumbuhan paling baru dikomen:Mengkirai(4/10/2013)



Resepi
masak lemak gajus + sotong
Bahan-bahan:
1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam
Cara Membuatnya:
gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.

~Pengirim:rosmpkmn


Petua
bau badan??
Bahan-bahan:
limau nipis
Cara:
potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ...                  gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!

~Pengirim:qwertyuiop

Pelawat aktif :26 orang
Carian tumbuhan:

Senarai Tumbuhan (276)

Adenium
African Violet
agave
Aglaonema Pride of Sumatera
Aglonema
Akar Ginseng jawa
Akar Pisang / bunga pisang-pisang
Akar tarum
Alfalfa
Allspice
Anggerik Merpati
Anggur
Asam gelugur
Asam kerat lintang
Asam Kerenda
Ati-ati
Bakawali
Balik adap
Bangun-bangun
Baru Cina
Bauhinia
Bawang putih
Bayam
Bayam karang
Bebuas
Belalai Gajah
belimbing pasir 1
Belimbing tanah
Beluntas
Bemban
Berangan
Beri Hitam
Biji Sawi (black mustard seed)
Bluewings
Bonglai
Bonglai putih
Buah Mentega
Buah susu/Avocado
Buddleia
Bunga Bawang putih
Bunga butang ungu
Bunga Cina / Melur Cina
Bunga Cina oren
Bunga kenanga
Bunga lawang
Bunga lili putih
Bunga Matahari
Bunga mayang sari
Bunga melur
Bunga melur vietnam
bunga ros jepun
Bunga santalia
bunga tahi ayam
Bunga Tanjung
Bunga Tongkeng
Calalily
Cape honeysuckle
Cekur
Cekur Manis
Cempaka
Cempaka Keling
Cempaka telur
Cemumar
Cendawan susu rimau
Cendawan Tiram Kelabu
Ceri barbados
Cermai
chinese honeysuckle
Cucur atap
Cuphea
Dahlia
Dahlia
Daun Dewa
Daun segugur
Delima
Depu Pelanduk
Derhaka Mertua
Dukung Anak
Durian Belanda
Ekor Anjing
Embun tengahari
Fire Flash
Flame violet(green)
Gadis Lompat
Gaharu/depu
Gaillardia
Gajus
Galak tua
Gandarusa
Garuda
Gelam Tikus
Gelenggang
Gora
Gorek
Halia
Hamba Raja
Hempedu beruang
Hempedu bumi
Hujan panas
Inai
Jade Vine
Jambu batu
Jarak Minyak
Jarak pagar
Jarum Mas
Jarum tujuh bilah
Jelai
Jeliti
Jerangau
Jeremin
Jeruju
jerun
jintan hitam
Kacang Malabar
Kacang telang
Kacip Fatimah
Kaduk
kancing baju
Kancing Baju Merah
Kantan
Kapalterbang
Kari
kayu manis
Kecubung
Keladi candik
Keladi Tikus
Kelapa
Kemangi
kembang semangkuk
kemoyang
Kemunting
Kemunting Cina
Kenerak
Kerak-kerak nasi
Kerian
Kermak putih
Kesidang
Kesum
Kesumba
Ketumbar jawa
Ketumpangan air
Krosandra
Kucing galak
Kulim
Kunyit
Kunyit Hitam
Lada Hitam
Laici
Lakum
Larak
Lemba
Lemon Balm
Lempoyang gajah
Lemuju
Lemuni
Lengkuas
Lengkuas geting
Lenjuang merah
letup-letup
Lidah buaya
Limau kasturi
Limau Purut
Lontar
mahkota dewa
Maman Hantu
Maman Ungu
Mambu
Manggis
Mas cotek
Mata Ayam
Matakucing Pingpong
Melada pahit
Memali
Mempelas
Mengkirai
Mengkudu
Mengkunyit
Mexican Hat
Misai ali
Misai kucing
Mulberi
Nam Nam
Oregano
orkid pinang
Paku Tunjuk Langit
Pala
Palas
Pandan wangi
Parisan
Patawali
patikan kerbau
pegaga
Penaga
Perah
Peria pantai
Periuk Kera
Petai
Petai belalang
Petunia
Pokok ajaib
Pokok lelipan
Pokok Manjakani(mempening)
Pokok Nilam
Pokok Tea
Pokok Zebra
Pudina
Puding Mas
Pulosari
Pulut-pulut
Purple Heart
Putat
Rosemary
Rozel
Ruku Hitam
Rumput Israel
Sagu Bemban
Salam
Sambung Nyawa
Sarang semut
Sawi Rana
Sedap Malam
Sehelai setahun
Sekentut
Selada
Selada
Selai Jendela
Selasih
Selasih dandi
Selom
Sembung
Senduduk
Senduduk Paksa
Senduduk putih
Senna mekah
Sentul
Sepang
Serai
Serai aceh
Serai Wangi
Setawar
Setawar Putih
Sintok
Sirih
Sri Gading
Stevia
Subang nenek
Sundal malam
Sungkai
Sunset Bell
Susun kepala
Tebengau
Teja
Temu hitam
Temu kunci
Temu lawak
Tenggek Burung
Tepus Kesing
Tepus Tanah
Teratai
Terung asam
Terung Kemar
Terung Ranti
Terung susu kambing
Timun betik
Tomato
Tongkat ali
Tongkat Ali Hitam
Tutup Bumi
Ubat Kurap
Ubi jaga
Ubi sarek
Ulam raja
Ulat Bulu
Urang-Aring
Vanila
Yesterday, today, tomorrow
Zodia

Artikel ini disiarkan untuk pengetahuan am dan tujuan pembelajaran semata-mata, artikel ini tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan. Anda disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba.

Melur.com ialah sebuah laman web persendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan atau organisasi atau e-group.

Copyright?Melur.com 2003-2010
email kami di support@melur.com