African Violet |
|
| Nama Tempatan: | African Violet |
| Nama Saintifik: | Saintpaulia Ionantha |
| Nama Lain: | African-violet, saintpaulia, african violet |
| Famili: | Gesneriaceae |
| Lokasi dijumpai: | Tumbuhan hiasan di pejabat |
| Asal: | Tanzania |
|
|
keterangan: |
Saintpaulia atau lebih dikenali dengan nama african violet merupakan genus tumbuhan yang terdiri daripada 20 spesies tumbuhan dalam keluarga Gesneriaceae.Ia merupakan antara tumbuhan berbunga yang dijadikan hiasan didalam rumah kerana kemampuannya untuk hidup dan menghasilkan bunga dengan pendedahan kepada cahaya yang tidak banyak.Ia berasal dari Tanzania dan bahagian selatan kenya di Amerika tropika.Ia paling banyak terdapat di pergunungan Nguru di Tanzania.Ia dinamakan african violet kerana bunganya yang menyerupai bunga violet.
Nama saintifiknya mengambil sempena nama Baron Walter Von Saint Pail Illaire yang merupakan pegawai daerah Tanganyika (tanzania).Ia boleh tumbuh sehingga tingginya 6 hingga 15 cm dan lebar kawasan daunnya ialah 6-30 cm.Daunnya berbentuk bulat dan bujur.Permukaannya daunnya dilitupi oleh bulu-bulu halus.Bunganya berdiameter antara 2.3 cm dengan lima kelopak yang kelihatan seperti baldu.Bunganya berada dalam gugusan yang selalunya terdiri daripada 3 hingga 10 tangkai bunga.Bunganya pelbagai warna.Spesis asal( saintpaulia Ionantha) mempunyai warna ungu, violet,ungu muda dan putih.Sekarang terdaat pelbagai spesis kacukan yang mempunyai bunga seperti merah bercampur putih, kuning dan beberapa warna lagi yang menarik.
Antara spesis african violet yang ditanam sebagai tanaman hiasan.
Saintpaulia brevipilosa
Saintpaulia confusa
Saintpaulia difficilis
Saintpaulia diplotricha
Saintpaulia goetzeana
Saintpaulia grandifolia
Saintpaulia grotei
Saintpaulia inconspicua
Saintpaulia intermedia
Saintpaulia ionantha
Saintpaulia magungensis
Saintpaulia nitida
Saintpaulia orbicularis
Saintpaulia pendula
Saintpaulia pusilla
Saintpaulia rupicola
Saintpaulia shumensis
Saintpaulia teitensis
Saintpaulia tongwensis
Saintpaulia velutina
Pembiakan african violet ialah dengan menggunakan daunnya. Tangkai daun yang ditanam dalam tanah akan menghasilkan anak baru setelah lebih kurang 3 minggu.Penjagaannya mudah, ia memerlukan air yang mencukupi. Baja diberikan 2 kali sebulan untuk menjamin pertumbuhan bungannya yang optimun.Ia sesuai ditanam didalam rumah atau pejabat.
Gambar menunjukkan saintpaulia Ionantha yang di tanam di pejabat saya.Ia berasal dari sehelai daun yang diberikan oleh seorang teman 6 tahun lalu.Semenjak itu saya telah memberikan daunnya untuk dibiakkan kepada berpuluh-puluh orang teman lagi.
|
kegunaan:
|
Tumbuhan hiasan yang menarik untuk pejabat dan rumah |
|
|
English Translation |
| Commmon Name: | |
| Botanical Name: | Saintpaulia Ionantha |
| Other Name: | African-violet, saintpaulia, african violet |
| Family: | Gesneriaceae |
| Location: | |
| origin: | Tanzania |
|
|
Description: |
|
Usage:
|
|
|
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|