MELUR.COM
Email : support@melur.com

Laman utama |Siapa Kami | Produk | Buku | Komuniti |Buku pelawat |Sertai Kami |
E-books


Dapatkan naskah anda disini
Google books preview
Beli Buku ini

Daftar baru
ID pengguna:
Kata Laluan:
Produk Pilihan Melur
RM8 Benih Cekur hitam
Benih Cekur hitam RM10 keratan batang sabah snake grass
keratan batang sabah snake grass
RM12 Teh herba misai kucing ( Java Tea)
Teh herba misai kucing ( Java Tea) RM10 Pokok Halau Nyamuk
Pokok Halau Nyamuk
RM8 Pokok jarum tujuh bilah bunga oren
Pokok jarum tujuh bilah bunga oren RM9 Benih rose jepun ( campuran). 3 pasu bunga rose je
Benih rose jepun ( campuran). 3 pasu bunga rose je
RM5 anak benih holy basic
anak benih holy basic RM3 Akar som Jawa
Akar som Jawa
RM8 Benih stevia
Benih stevia RM10 Anak benih bunga kesidang
Anak benih bunga kesidang

Lihat lebih banyak produk lagi >>>
10 Produk Paling laris
1. Anak pokok harum sundal malam
2. Benih hempedu bumi
3. Benih pokok kenerak
4. keratan batang sabah snake grass
5. Pokok Halau Nyamuk
6. Benih daun dewa
7. Benih Cekur hitam
8. Anak benih Belalai gajah
9. Benih stevia
10. Benih cempaka putih
11. Baba Grower Pot 147mm
12. Anak benih senduduk putih
Mencari Produk ? :

Carian Produk

Pautan menarik

1. Senarai nama saintifik
2.Rawatan Kanser menurut Al-Quran
3.Flowers of Malaysia

Simpanan artikel
1.Migrain dan herba
2.Leuorrhea(keputihan): Masalah yang kerap dialami wanita
3.Herba membantu Senggugut
4.Racun bena putih
5.Mengawal dan menghapuskan bena putih
6.Tip mengatasi dan mencegah sakit kepala
7.Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi
-sumber Mingguan Wanita April04
8.Penawar Kanser: Pokok Harum Sundal Malam
(Berita dari Mingguan Malaysia Isnin 6 Dis 04)
9.Semaian Herba Hutan
10.Herba Untuk Asma/lelah
11.Kain Bawal fabrik selesa untuk tudung.

Sertai kami di Myherba
Disokong oleh health.groups.yahoo.com
Laporan trafik kami secara terperinci

Sertai kami
Hantar artikel anda
Hantar Petua
Hantar Resepi
Senaraikan syarikat
Artikel
Petua
resepi
diskusi
Pengalaman
BLOG PENGARANG
Iklan percuma
Direktori Herba
Direktori Pengeluar
Jadual penanaman
Lihat Katalog Melur.com
Pautan Lain
Melur.com

Promote Your Page Too
5 Produk paling baru
1. Anak benih kecubung
2. Pokok Halau Nyamuk
3. Anak pokok harum sundal malam
4. keratan batang  Mulberi
5. keratan batang sabah snake grass

Buah | Herba | Hiasan |Sayur | Semua Tumbuhan |

Kancing Baju Merah

Nama Tempatan:Kancing Baju Merah
Nama Saintifik:Corchorus capsularis
Nama Lain:Pokok jut, jute, pokok jelita
Famili:Malvaceae/tiliaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan di Melur.com
Asal:Malaysia

keterangan:

terdapat beberapa jenis tumbuhan yang biasa dijumpai di negara kita dikenali dengan nama kancing baju atau butang baju atau bunga butang. Nama ini selalunya digunakan selalunya berdasarkan ciri bunganya yang menyerupai butang baju.Antara tumbuhan yang dipanggil dengan nama kancing baju ialah Tridad procumbens(kancing baju hutan),Gomphrena globosa(bunga butang),Abutilon indicum(kancing baju raja) dan bidens pillosa(bunga kancing baju)dan Corchorus capsularis (kancing baju putih/merah). Tumbuhan-tumbuhan yang dinamakan kancing baju ini mempunyai khasiat-khasiat perubatannya yang tersendiri.

Daripada kebanyakan tumbuhan kancing baju yang terdapat di Malaysia, yang paling popular digunakan dalam perubatan ialah kancing baju merah. Pokok kancing baju merah yang dikenali juga dengan nama pokok jelita merupakan sejenis tumbuhan yang sama dengan pokok jut yang ditanam untuk dijadikan tali terutamanya di Afrika,Bangladiesh dan India.Selain daripada serat batangnya yang boleh dijadikan tali, daunnya yang kaya dengan protein dijadikan sayur.Penggunaan daunnya yang dikeringkan sebagai teh pula dipraktikkan di negara jepun.Selain daripada itu, di negara barat pula ia digunakan untuk memekatkan sup. Buahnya yang muda serta pucuknya dicampur bersama salad.

kancing baju merah merupakan sejenis tumbuhan yang boleh mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.Kadar pertumbuhannya cepat.Ia membiak melalui biji benih.Bunganya adalah hemafrodit iaitu mempunya dua jantina jantan dan betina.Pendebungaan dilakukan oleh serangga seperti rama-rama dan lebah.Tumbuhan ini boleh hidup subur di tanah liat tetapi yang agak berpasir. Ia memerlukan cahaya matahari yang sepenuhnya dan tidak boleh ditanam dibawah teduhan.Ia juga memerlukan air yang cukup dan tanah yang sentiasa lembap.

kegunaan:

Dari aspek perubatan pula tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang mempunyai khasiat perubatan yang amat tinggi.Antara ciri perubatan yang boleh didapati dari tumbuhan ini ialah, penambah selera makan, menguatkan fungsi jantung, pelawas,dan beberapa ciri perubatan yang lain lagi.Antara contoh penggunaannya untuk pengubatan ialah air rebusan kancing baju merah digunakan untuk rawatan disentri(berak berdarah), demam,dispepsia dan penyakit hati. Teh yang disediakan dari akar dan putik buahnya digunakan untuk merawat cirit birit. (rujukan:Chopra. R. N., Nayar. S. L. and Chopra. I. C. Glossary of Indian Medicinal Plants (Including the Supplement).Council of Scientific and Industrial Research, New Delhi. 1986 ). secara tradisinya di Malaysia ia digunakan untuk masalah disentri, cirit-birit dan pengawalan cacing(kecacingan).

Di malaysia terdapat dua jenis variasi Corchorus capsularis iaitu yang dua jenis pokok Corchorus capsularis - pertama yang batang dan bahagian bawah daun kemerah-merahan atau unggu sedikit (kancing baju merah) dan yang kedua batang dan daun berwarna hijau (kancing baju putih). Kancing baju merah lebih kerap digunakan untuk perubatan. Selain daripada nama kancing baju, Corchorus capsularis merah juga dikenali dengan nama pokok jelita. Ciri utama utk mengenali tumbuhan ini dalah capsul buahnya dan daun yang berekor di kedua-dua bahagian pangkal.

Di Malaysia bahan-bahan daripada pohon kancing baju digunakan dalam ubat periuk wanita lepas bersalin dan sebagai salah satu bahan maajun untuk orang lelaki.  Ada juga yang mengamal makan sehelai dua daun kancing baju setiap hari bagi menjaga kesihatan.  Khasiatnya, kalau baca dalam kitab-kitab perubatan lama, atau kalau mengikut orang tua-tua sangat menakjubkan.Daun yang disyorkan untuk amalan harian diambil daripada pokok yang belum berbunga

petikan dari artikel oleh En Yahaya Hussain , E-group Myherba 13 apr 2005, Message #2709)

Petikan Artikel oleh  En Yahaya Hussain , E-group Myherba, Message 2751:

saya sertakan khasiat pohon kancing baju sepertimana yang dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk. Harap maaf jika terdapat kesilapan daripada terjemahan ini kerana sesetengah perkataannya saya kurang pasti bacaannya.

Drpd. Tajul Muluk ms132 (terjemahan terus dari tulisan jawi lama)

(Bab ini ubat sakit mata) Ambil akar kancing baju dan daunnya maka bubuh dalam batil tembaga bubuh air barang sedikit maka gosok akan akar kayu itu dan daunnya dalam batil itu hingga jadi hitam airnya dan sampahnya jangan dibuang direndam pada air juga. Maka pada ketika malam hendak tidur maka tampalkan bubuh air pada mata sakit itu semalam. Maka apabila jaga daripada tidur maka ambil buangkan nescaya afiat olehnya dianugerah Allah taala.(Sebagai lagi) Ambil daun kancing baju itu dikeringkan pada naung maka tumbuk lumat-lumat maka serki dengan kain dimakan dengan sakar (gula) merah ketika pagi-pagi hingga tiga hari berturut-turut jadi kuat syahwatnya tiada dapat menghendaki oleh perempuan juga. Dan lagi pula jika diambil bunganya dan daunnya maka dimakan enam bulan nescaya rampat itu hitam. Dan jika akarnya dimakan setahun lamanya nescaya tiada tertuna oleh apa dan tiada tenggelam dalam air sehinggakan tubuhnya pun bersifat dengan sifat yang lain maka pantangnya daripadamasam-masam dan kemudian daripada enam bulan keluar bau mulut seperti bau kasturi. (Sebagai lagi) Barang siapa tiada dapat dengan perempuan maka diambil daun kancing baju itu keringkan. Setelah dikeringkan maka ditumbuk umat-lumat dimakan dengan susu lembu tujuh hari lamanya jadi kuat zakarnya dan jikalau sentiasa makan tiap-tiap masa dimakannya nescaya tiada tinggal dalam tubuhnya suatu penyakit jua pun diberi Allah Taala terlalu banyak manfaatnya tiadalah disuratkan fakir sekadar mana yang dapatnya Wa'Llahu A'lam.(Sebagai lagi) Diambil akarnya yang belum berbuah maka ditaruh kering sudah maka tumbuk lumat-lumat diserki dengan kain yang halus kemudian dari itu maka ambil sakar empat dinar timbangan maka dimakan dengan susu lembu sekira-kira enam bulan lamanya maka jadilah ia dengan izin Allah Taala segala jin dan syaitan dalam hukumnya dan jika genap empat tahun memakandia nescaya bertemu dengan Nabi Khidzir AlaihisSalam.(Sebagai lagi) Ambil daun kancing baju itu diperbuat maajun bagi adalah khasiatnya meringankan tubuh dan menghilangkan penyakit di
dalam tubuh



Kegunaan lain tumbuhan ini ialah sebagai jut yang digunakan untuk membuat guni dan tali. Serat yang terdapat pada batangnya diproses untuk dijadikan tali dan guni yang merupakan antara industri besar yang terdapat di afrika, india dan bangladesh.Batangnya dituai ketika tumbuhan ini sedang berbunga dan direndam dalam air sehingga ia mereput untuk memudahkan proses mengeluarkan seratnya.Oleh kerana ia merupakan jenis tumbuhan yang mempunyai ranting yang banyak dan banyak bercabang, jika ia ditanam untuk seratnya , ia terpaksa ditanam rapat-rapat untuk mengurangkan keupayaan menghasilkan ranting dan cabang.Untuk proses pembuatan kertas pula , serat yang terhasil akan direbus selama 2 jam sebelum diproses untuk dijadikan kertas.Kertas yang terhasil akan berwarna kecoklatan.(rujukan:Chakravarty. H. L. The Plant Wealth of Iraq.)


English Translation

Commmon Name:
Botanical Name:Corchorus capsularis
Other Name:Pokok jut, jute, pokok jelita
Family:Malvaceae/tiliaceae
Location:
origin:Malaysia

Description:

Usage:


Beri Ulasan Anda


Ulasan pembaca


Asslamkm. Sy memerlukan pokok kancing baru merah yg sangt bnyak... klu ada email sy di wind_lid3@yahoo.com... Asap
~ shazon

akum... saya x th khasiat pokok ini. kalau kat rumah sy ia hanyalah pokok biasa shj hinggalah sy bc artikel ini. sungguh mnakjubkan khasiatnya.pokok ajaib.
~ nursyamieyra shamsul

KHASIAT POKOK KANCING BAJU BATANG MERAH

Sesiapa nak melihat pokok ini silalah dtg ke Pusat Rawatan Tenaga Dalaman Aura Syaafi A'lami di Tmn. Seri Tenggara ,Parit Buntar ,Perak.Saya telah proses menjadi TONIK yang dicampurkan 4 perkara ( Kancing Baju Batang Merah +Halban +Letup Kelambu+Kerinji )Khasiat cukup banyak.memang betul apa yg tercatit dlm Kitab Tajul Muluk itu.pokok ini juga digelar Pokok Ajaib.sesiapa yg berminat nak dptkan pokok itu jumpa saya dipusat rawatan .(Ustaz Arif)


~ aurasyami_71@yahoo.com.my
Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker
Tumbuhan paling baru dikomen:Ubi ganyong(9/2/2014)



Resepi
Stevia , pemanis gantian gula
Bahan-bahan:
Stevia dan Pengisar kering atau pengisar kopi

Stevia mula dikenali umum sebagai pemanis tanpa kalori  yang boleh menggantikan gula dalam minuman dan masakan. Hakikatnya kita tidak dapat menentukan ketulenan  pelbagai produk stevia yang disediakan di pasaran. Langkah paling selamat ialah dengan menanam dan memproses sendiri stevia untuk menentukan ketulenannya. Video ini menunjukkan cara mudah untuk menyediakan stevia untuk kegunaan di rumah.
Cara Membuatnya:

~Pengirim:Noraida Arifin


Petua
petua untuk ikhtiar penyakit kanser
Bahan-bahan:
Biji aprikot pahit.

Cara:
1. Seorang kawan yang terkena kanser usus mengamalkan memakan 9 biji aprikot pagi , tengahari dan malam sebagai ikhtiar penyakit yang dihidapinya. In Shaa Allah disembuhkan sakitnya.

2. Seorang makcik mengesyorkan sesiapa yang tidak lagi terkena kanser untuk mengambil 3 biji aprikot pahit setiap hari untuk mencegah kanser. caranya dengan makan seperti makan kacang. Memang pahit tapi alah biasa tegal biasa.

~Pengirim:Nor

Pelawat aktif :54 orang
Carian tumbuhan:

Senarai Tumbuhan HERBA(238)

Akar Ginseng jawa
Akar Pisang / bunga pisang-pisang
Akar tarum
Alfalfa
Allspice
Anggerik Merpati
Anggur
Asam gelugur
Asam kerat lintang
Asam Kerenda
Ati-ati
Bakawali
Balik adap
Bangun-bangun
Baru Cina
Bawang putih
Bayam
Bayam karang
Bebuas
Belalai Gajah
belimbing pasir 1
Belimbing tanah
Beluntas
Bemban
Berangan
Beri Hitam
Biji Sawi (black mustard seed)
Bonglai
Bonglai putih
Buah Mentega
Buah susu/Avocado
Bunga Cina / Melur Cina
Bunga kenanga
Bunga lawang
Bunga melur
bunga ros jepun
Bunga Tanjung
Cekur
Cekur Manis
Cempaka
Cempaka telur
Cemumar
Cendawan susu rimau
Cendawan Tiram Kelabu
Ceri barbados
Cermai
chinese honeysuckle
Cucur atap
Daun Dewa
Daun segugur
Delima
Depu Pelanduk
Derhaka Mertua
Dukung Anak
Durian Belanda
Ekor Anjing
Embun tengahari
Gadis Lompat
Gaharu/depu
Gajus
Galak tua
Gandarusa
Garuda
Gelam Tikus
Gelenggang
Gorek
Halia
Hamba Raja
Hempedu beruang
Hempedu bumi
Hujan panas
Inai
Jambu batu
Jarak Minyak
Jarak pagar
Jarum Mas
Jarum tujuh bilah
Jelai
Jerangau
Jeremin
Jeruju
jerun
jintan hitam
Kacang Malabar
Kacang telang
Kacip Fatimah
Kaduk
kancing baju
Kancing Baju Merah
Kantan
Kapalterbang
Kari
kayu manis
Kecubung
Keladi candik
Keladi Tikus
Kelapa
Kemangi
kembang semangkuk
kemoyang
Kemunting
Kemunting Cina
Kenerak
Kerak-kerak nasi
Kerian
Kermak putih
Kesum
Kesumba
Ketumbar jawa
Ketumpangan air
Kucing galak
Kuku Garuda
Kulim
Kunyit
Kunyit Hitam
Lada Hitam
Laici
Lakum
Larak
Lemba
Lemon Balm
Lempoyang gajah
Lemuju
Lemuni
Lengkuas
Lengkuas geting
Lenjuang merah
letup-letup
Lidah buaya
Limau kasturi
Limau Purut
Lontar
mahkota dewa
Maman Hantu
Maman Ungu
Mambu
Manggis
Mas cotek
Mata Ayam
Matakucing Pingpong
Melada pahit
Memali
Mempelas
Mengkirai
Mengkudu
Mengkunyit
Misai ali
Misai kucing
Mulberi
Nam Nam
Oregano
Paku Tunjuk Langit
Pala
Palas
Pandan wangi
Patawali
patikan kerbau
pegaga
Penaga
Perah
Peria pantai
Periuk Kera
Petai
Petai belalang
Pokok ajaib
Pokok lelipan
Pokok Manjakani(mempening)
Pokok Nilam
Pokok Tea
Pudina
Pulosari
Pulut-pulut
Putat
Rosemary
Rozel
Ruku Hitam
Rumput Israel
Sagu Bemban
Salam
Sambung Nyawa
Sarang semut
Sedap Malam
Sehelai setahun
Sekentut
Selada
Selada
Selai Jendela
Selasih
Selasih dandi
Selom
Semalu
Sembung
Senduduk
Senduduk Paksa
Senduduk putih
Senna mekah
Sepang
Serai
Serai aceh
Serai Wangi
Setawar
Setawar Putih
Sintok
Sirih
Sri Gading
Stevia
Subang nenek
Sundal malam
Sungkai
Susun kepala
Tebengau
Teja
Temu hitam
Temu kunci
Temu lawak
Tenggek Burung
Tepus Kesing
Tepus Tanah
Teratai
Terung asam
Terung Kemar
Terung Ranti
Terung susu kambing
Timun betik
Tomato
Tongkat ali
Tongkat Ali Hitam
Tutup Bumi
Ubat Kurap
Ubi ganyong
Ubi jaga
Ubi Kasur
Ubi sarek
Ulam raja
Ulat Bulu
Urang-Aring
Vanila
Yesterday, today, tomorrow
Zodia

Artikel ini disiarkan untuk pengetahuan am dan tujuan pembelajaran semata-mata, artikel ini tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan. Anda disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba.

Melur.com ialah sebuah laman web persendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan atau organisasi atau e-group.

Copyright?Melur.com 2003-2010
email kami di support@melur.com