Hempedu bumi |
|
| Nama Tempatan: | Hempedu bumi |
| Nama Saintifik: | Andrographis Paniculata |
| Nama Lain: | Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita |
| Famili: | Acanthaceae |
| Lokasi dijumpai: | Malaysia, Thailand,india,indonesia |
| Asal: | |
|
|
keterangan: |
Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi
banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut.
Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak.
Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun
Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal. |
kegunaan:
|
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping
merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk
mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara
menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.
Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak
yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah
tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya
memecahkan molekul lemak.
Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar
sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu
sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka
lebih gemar kepada rasa manis dan masin.
Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit
tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk
kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi
(nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang
memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh
di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar.
Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari
ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk
merawat penyakit darah tinggi dan juga demam. Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk
merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai
daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu.
Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang
sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan
sehingga air panas itu menjadi suam.
Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka
yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang
lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari. |
|
|
English Translation |
| Commmon Name: | |
| Botanical Name: | Andrographis Paniculata |
| Other Name: | Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita |
| Family: | Acanthaceae |
| Location: | |
| origin: | |
|
|
Description: |
|
Usage:
|
|
|
|
Untuk mengurangkan cirit-birit rendam daunnya dalam air panas dan minum, rasa sangat pahit tetapi mujarab.
~ Aishah UUM
|
saya selalu makan sehelai daun ni selepas kena gigitan nyamuk,atau apabila badan terasa seperti nak demam, alhamdulillah,tak jadi demam. cubalah walaupun pahit tetap mujarab.
~ fadhil
|
jika tak clap, arwh datuk ada ckp, x blh mkn byk sgt daunny, takut drh jd tlalu rdh. Ntahla. Sy prnh rasa daun mudany tp mlompat sbb yg ado! pahitny!
~ sexygurlzslurp@yahoo.com
|
jika tak clap, arwh datuk ada ckp, x blh mkn byk sgt daunny, takut drh jd tlalu rdh. Ntahla. Sy prnh rasa dan mudany tp mlompat sbb yg ado! pahitny!
~ sexygurlzslurp@yahoo.com
|
Penah terbace dalam mag d'herba, ada sorang wife doktor ni dia amal minum air rebusan hempedu bumi pagi2 utk sembuhkan batuk kronik.husband dia sendri pun cakap
~ Anin
|
Saya selalu kena sakit tonsil dan bernanah .selepas makan 5 helai dengan sandwic tonsil berkurangan dan terus hilang
~ zamri
|
Saya menggunakan herba ini untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.InsyaAllah mujarab
~ jamekmad@yahoo.com
|
Saya emnggunakan herba ini untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.InsyaAllah mujarab
~ jamekmad@yahoo.com
|
kt mana nk dptkan biji benih hempedu bumi..?..d melur ada jual x?...anak benih xnak,nk biji benih je..ASAP
~ shazza_237@yahoo.com
|
Suatu masa dulu tekanan darah saya mencapai 170/130 dan sering sakit kepala. Setelah mengamalkan pengambilan hempedu bumi selang sehari selama satu bulan tekanan darah saya sudah menurun kepada 125/80. Sakit kepalapun hilang.
~ Anuar bin Daud
|
email me.. catbudakbaik@yahoo.com
~ cat
|
saya tengah buat kajian pasal deterrant gune hempedu bumi..saya alu-alu kan sebarang rujukan..
~ cat
|
Saya nak buang semua hempedu bumi, siapa nak datanglah rumah.
~ ABD
|
Saya nak tahulah kepada yang mengetahui, jika seseorang yang mengindap penyakit Darah Tinggi dan ingin mengamalkan meminum air rebuhan daun hempedu bumi adalah kah dia memberi kesan pada jantung? kerana setahu saya hempedu bumi meningkatkan kepekatan darah.
~ sham, pahang
|
Saya ada mencari maklumat pokok hempedu bumi ini didalam internet menggunakan nama saintifiknya. Apa yang saya temui tumbuhan ini tidak digalakkan untuk diguna oleh mereka yang merancang untuk memperolehi anak atau pun wanita mengandung kerana ia boleh membuat seseorang itu tidak subur. Harap ada yang dapat memberikan sedikit komen.
Sila lawat http://www.altcancer.com/andro.htm
http://www.ayurvedahc.com/articlelive/articles/69/1/Recent-Advances-in-Pharmacology-of-Andrographis-paniculata/Page1.html
Sila berhati-hati
~ Bijan
|
Sekiranya saya sering mengalami tekanan darah rendah,mudaratkah sekiranya meminum air daun hempedu bumi ketika demam?
~ salbanu
|
cara paling senang biak hempedubumi guna keratan batang je..
saya dah buat. comfirm 90% hidup jika dijaga betul
~ pkharmony@yahoo.com
|
selain dari pokok hempedu bumi yang digunakan untuk merawat kencing manis,saya ada akar tujuh petala yang diambil terus dari hutan sekitar pahang, dia amat mujarab untuk merawat kencing manis dan darah tinggi,rasanya tidak pahit cuma kelat teh,sesiapa yang berminat sila email putrahero@hotmail.com.
~ adi forestry
|
Hempedu bumi kering untuk dijual. Sila email sales@melur.com
~ Melur
|
Gambar ini ialah gambar hempedu bumi yang saya tanam depan rumah saya.
~ Nor
|
rasanya pahit bagai hempedu
Jadi penawar suami, isteri bermadu
Lima tahun kawin tak beranak satu
Nak tau ubatnya carilah aku.
Semua usha perlu biaya
Kalau berminat emaillah saya
~ Bangnuard@yahoo.com.my
|
Belimbing Bukit.
I am Iraqi, study in School of Biological Science USM, Malaysia. My interested in Medical Entomology (Mosquito vector)Sangat sesuai dengan penyakit Nyamuk jika diminum air belimbing bukit ini sangat susuai dijadikan kan penawar nya.
~ Jameel Al-Sariy.School of Biological Science USM
|
nenek saya yang menanam pokok ni belakang umah saya. memang terbukti berkesan. kesan penurunan darah tinggi amat dramatik dan cepat. kalau tak percaya cuba makan sehari sebelum buat check up di klinik. nenek saya tak minum air. tapi dia tumbuk lumat dan gentel. telan seperti pil
~ cucu tok cah
|
Saya ada memanamnya dirumah,benihnya pun ada jika siapa berminat, saya tak pernah minum air rebusan pokok ini, alahai pahitnya.
Sewaktu di seberang Perai seorant tua memberitahu saya ia meminum air rebusan pokok yang sudah dikeringkan untuk menambahkan kesihatannya pada waktu itu orang tua itu sudah menjangkau umur 80 lebih tapi masih mengayuh basikal kesana kemari berniaga, itulah petua orang-orang tua
~ jasmie_my@yahoo.com
|
Saya pernah mengamalkan memakan sehelai daun hempedu bumi ni sekali sehari, pada waktu pagi dan ditelan dengan roti. Rasanyaa.... Ya Allah... Pahit yang amat! Telan je terus, tak payah kunyah... Tapi, yang pahit itulah ubat. Ia baik untuk menghilangkan darah tinggi, dan kolestrol dalam darah. Cube lerrr... Sekarang saya dah kerja tak de masa nak amalkan lagi...
~ nurisham@jpa.gov.my
|
Saya telahpun mengamalkan meminum air rebusan daun Hempedu bumi.Ini merupakan bulan ke 4 saya meminumnya.Alhamdulillah,paras kolesterol,glukos,asid urik dan tekanan darah saya menjadi normal.Amalkanlah meminumnya,cuma rendam 2 helai daunnya didalam segelas air panas(500ml air).Minumlah seteguk setiap hari,insyallah,badan anda menjadi sihat dan tiada lagi penyakit seperti kencing manis,darah tinggi,gout dan paras kolesterol anda akan menurun.
Sekian.
putriwu@yahoo.com
~ Mohamad Muhiddin
|
hempedu bumi juga boleh digunakan sebagai bio-pesticide atau repelent yang bertindak sebagai anti feeding kepada bebarapa pada tanaman sayur-syuran seperti sawi dan sayur-sayur daun yang lain jenis serangga
~ Mohd Desa Haji Hassim
|
hempedu tanah(curanga fel terrae) dan hempedu bumi(andrographis paniculate). adakah pokok ini dalam satu keluarga. ada tak gambar hempedu tanah?
~ fajarsiang@yahoo.com
|
pokok hempedu bumi boleh menjadi penawar terus atau hanya mengurangkan penyakit2 spt darah tinggi,kencing manis,demam dll berdasar kpd beberapa faktor
1.habitat pokok itu tinggal.mestilah hidup liar di tempat2 tak tercemar
2.dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan sebagaimana pengunaan akar atau daun2 herba yg lain
3.melalui niat sebelum mencabut atau mengambil daun pokok tersebut.2 alfatihah.satu utk nabi muhammaddan dan satu utk nabi elias yg mengetahui rahsia tumbuh2an.nyatakan niat dan untuk penyakit apa herba itu di ambil kerana allah taala.ini amalan oleh org islam,bagi org bukan islam ini tak diperlukan.insyallah
~ raja g.belumut
|
Pokok Hempedu Bumi,sangat sesuai kepad orang yang sakit darah tinggi,kencing manis,terkena gigitan serangga nyamuk,vektor deman denggi berdarah,ambil daun nya dan rebus dengan halia dan minum kira-kira satu sudu teh kira 2 kali sehari mana yang sesuai dengan badan sesorang pesakit itu.
Hempedu Bumi banyak terdapat didesa-desa disemenanjung malaysia.
~ Mohd Hadzri Abdullah,Pusat Pengajian Sains Kajihay
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|