yg bunga putih tu memang favorit arnab......dia tak pandang pelet dah......cabut jer hulur kat arnab...berebut-rebut
~ meme
|
Saya pernah terbaca bahawa pucuk rumput israel boleh dimakan...begitu juga dengan pucuk pokok kacang panjang juga boleh dibuat sayur ...harap komen dari rakan-rakan untuk kongsi maklumat..adakah rumput israel termasuk dalam legume atau kekacang...
~ Yob
|
Saya rasa betullah pokok ni, yang asystasia gangetica memang banyak spesis, yang paling kita jumpa yang kaler putih macam orkid pastu ada 1 kelopak warna ungu.fizikal pokok ni tak lari jauh, jangan jadi cam jiran saya lak, rumput cowgrass saya dikatanya rumput israel, katanya betullaa sebab susah nak mati..hakss hakkss iya2 dia...malas nak layan
~ antisrael
|
maaf, baru tengok pokok ni. Setahu saya pokok israel tu pokok yg berbunge putih kecil. mmg senang membiak dan menyusahkan pekebun2. Tapi yg dalam gambar ni susah sikit nk membiak. pucuknya sedap dibuat sayur masak lemak atau goreng kering. bunga ade mcm warna. kt kg saya dulu, ade warna kuning lembut, putih dan purple. mmg cantik dan tpt pembiakan belalang2 yg cantik2 warnanya(berbelang2 badannya). tp tu dulu2 pnya cerita sekitar 80'an. skrg semuanya dah habis diserang oleh pokok israel yg jht yg bru muncul akhir 80'an.(digelar israel sbb susah nak hapuskan)wlupun dah diracun skalipun.
~ muhima
|
kalu yg bunga ptih bnyak tepi utan ka,tepi parit ka.org pangge jugak bayam nyonya.sya suka msak lemak putih ngan keledek boh udang kerin. rasa dia adala nak pyau skit,maneh-mneh.lgi tk tau nak habaq. terai seniri.
~ zamtia@gmail.com
|
Rumput ini dinamakan sedemikian sebab ia sangat susah untuk dihapuskan, walaupun kerat diracun. walaupun ia lembut tapi mudah membiak. ia sama juga dengan perangai orang israel...sebab tu ia dinamakan sedemikian tq.
~ zanal
|
ye la . demo ni. suke sangat pakai nama impot. rumput israel la, ayam israel la. kan ka nama lain banyak lagi ? boh la nama rumput kelate ka, teganu ka.nak pi israel pong payoh.
~ xxx
|
Tengok gambo macam rumput Cik Hasan je,iyeni! memang betul kene racun memang dia tumbuh dulu.
~ Beni P. Indah
|
panggil pokok eri pagi atau nama2 lain lah..... tak suka nama rumput israel. rumput tu ok, tang israel tu eiiii
~ choh
|
sek sayo wat tesis mengenai pokok ni r...mmg payoh laaaaaaaaaaaaaaa...dgr kato leh wat sbgai agen anti-asma??try ty daeng..sek genofuture tmesa
~ che boo
|
Pokok yang bunga putih kalau kambing / biri biri terlebih makan boleh cirit birit
~ ala
|
pokok ni menjadi kegemaran lebah kalau x clap?bagus utk dibuat madu lebah..
~ daeng
|
Rumput israil ini akan tumbuh lebih subur dan membiak lebih cepat kalau di racun dgn gramoxone.
Daunya juga boleh dimakan (tumis air) kalau mau, tidak merbahaya.
~ Nuar
|
Setahu saya, pokok ini menjadi masalah sgt besar kepada pekebun kerana mudah tumbuh selepas kerja meracun lalang atau semak. Tetapi penternak bebiri ( jenis ekor panjang) di Felda Lui Selatan, Jelebu melaporkan bebiri mereka cukup suka makan tumbuhan ini.
~ alangkayo
|
Nama lainnya ialah Ara Songsang tetapi gambar yang ditunjukkan lain daripada yang ditunjukkan dalam website berikut:
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a58692.htm
~ Abu Amir
|
Pokok ini ada dilaman saya,bunganya cantik tapi tak tahu ia boleh mengubati penyakit, sekarang saya tahu kegunaannya dan tidaklah lagi jadi mangsa mesin pemotong rumput
~ jasmie_my@yahoo.com
|
nama botani rumput tahi babi ialah adenostemma viscosum. ia digunakan dalam pengubatan penyakit resdung.sesiapa yang mahu benih rumput tahi babi boleh hubungi saya.
~ fajarsiang@yahoo.com
|
http://davesgarden.com/pdb/showimage/28834/ - yg berbunga begini biasa saya jumpa di tepi2 jalanraya, tumbuh meliar, dan memang bunganya ada sedikit ungu pd kelopak bawahnya
~ rosita
|
Bukankah bunga putih tu ada sikit purple & ini dipanggil Asystasia coromandeliana? nanti saya cari websitenya
~ rosita
|
tak silap ler... daun israel yg warne puteh turh kalau dijemur skit, pastu bagik pada arnab, nanti dia makan. saye penah bela arnab, & arnab saya gemuk sebab makan sayur nirh ler...
~ 02152
|
Sebenarnya pokok ni memang ada dua kaler, satu putih dan satu lagi purple macam dalam gambar tu, tapi yang putih ni bunganya kecik sikit. yang purple besar sikit dan cantik sikit..:) sebab tu letak gambar ni.Atually dia dari spesies yang sama cuma varian yang berbeza.Thanks for the info.
~ Admin
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|