|
|
Buah | Herba |
Hiasan |Sayur |
Semua Tumbuhan |
bantu kami membuat kajian dengan klik disini. Terima kasih atas penyertaan anda
Pokok Manjakani(mempening) |
|
| Nama Tempatan: | Pokok Manjakani(mempening) |
| Nama Saintifik: | Quercus infectoria Oliv |
| Nama Lain: | Alleppo oak,downy oak, gal oak, manjaan, majakan,jenuri,kani, cympsgailae tinctoria semen(nama fasmaseutikal), maju/majuphul(nama avurveda) |
| Famili: | Fagaceae/cupuliferae |
| Lokasi dijumpai: | |
| Asal: | |
|
| keterangan: |
Ramai yang beranggapan bahawa manjakani adalah sejenis buah yang dihasiklan oleh pokok manjakani.Sebenarnya manjakani ialah sejenis puru atau benjolan yang terhasil pada kulit sesetengah pokok seperti pokok mempening hasil dari tidakbalas pokok terhadapa serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria).Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas , apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil.Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani.Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli.Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi warna kelabu atau putih apabila ia kering.Bahagian dalamnya berwarna putih kekuningan.
Pokok manjakani boleh ditemui dihutan-hutan tanah pamah atau ditanam untuk tujuan perubatan.Di India pokok Oak digunakan untuk menghasilkan manjakani yang bermutu tinggi. Di Malaysia ia biasa dihasilkan oleh pokok yang sedang kita bincangkan ini iaitu pokok mempening.
Mempening ialah sejenis tumbuhan renek dan selalunya mempunyai ketinggian sekita 1.8 meter.Daun mempening menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya tumbuh bersilang licin , berbentuk bulat dan berwarna hijau muda.
Di sesetengah tempat, bijinya yang telah direbus dan dikeringkan dan dikisar hingga menjadi tepung dan dijadikan bahan untuk memekatkan rebusan dan sup(seperti kegunaan tepung jagung) dan juga di campur bersama tepung gandum dan dijadikan roti.Bijinya yang telah dipanggang dan dikisar boleh dijadikan minuman untuk menggantikan kopi.
Biji manjakani mengandungi 50-70 % tanin dan 3 % gallic asid.Biji manjakani terbaik dikatan berasal dari daerah Aleppo Syria. |
kegunaan:
| Antara khasiat manjakani yang diketahui umum ialah ia dapat menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita.Penyediaanya ialah dengan cara merebus 6 biji majakani dengan 3 helai daun beluntas dan 1 helai daun tutup bumi. Airnya direbus hingga mendidih dan menghasilkan air berwarna keperangan. Air ini akan diambil sebagai minuman sebanyak 2 kali sehari. Seeloknya air rebusan tidak disimpan terlalu lama walaupun didalam peti sejuk.Manjakani juga sinonim dengan fungsinya yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri Fungsinya yang bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak. ia juga dapat mengurangkan lelehan mukus dan juga membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga.Manjakani ini boleh direndam seketika dengan air suam dan dimakan bersama madu.Air rendamannya juga diminum.Ia begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran. Untuk kegunaan luaran buah manjakani bleh diasah pada belakang pasu dan bubuk yang terhasil ditampal pada luka.Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma. Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi. |
|
|
English Translation |
| Commmon Name: | |
| Botanical Name: | Quercus infectoria Oliv |
| Other Name: | Alleppo oak,downy oak, gal oak, manjaan, majakan,jenuri,kani, cympsgailae tinctoria semen(nama fasmaseutikal), maju/majuphul(nama avurveda) |
| Family: | Fagaceae/cupuliferae |
| Location: | |
| origin: | |
|
| Description: |
|
Usage:
| |
|
|
Beri Ulasan Anda
Ulasan pembaca
saya berumur 24tahun n masih belum berkahwain.
Soalan saya ialah saya ada membeli manjakani plus & telah makan seperti yang disarankan pada kotak kandungan. Ia mengatakan sesuai utk anak anak dara & wanita yg berkahwin. Tapi dalam artikal anda saya terbaca anak dara tidak sesuai utk makan....
Tolong selesaikan masalah saya ini,saya takut apabila berkahwin untuk mdapatkan zuriat susah pula,apabila memakan minuman yang berunsurkan manjakani.
~ siti.fazila@mal.ontime-express.com
|
taufiqah,
konsepnye di sini, biji manjakani macam kene stim dalam nasi. Amalan yg saya buat, bukan ketak daripada awal kita masak, letak biji manjakani mase beras da jadi nasi (air da nak kering), buh pada 1 kawasan nasi je.
Mase nak makan nasi, bahagian yg kene biji manjakani, kite sendiri yg makan, org lain dapat nasi cantik.
Kopek kulit, makan isinya sahaja.
~ abid(indahcemerlang@yahoo.com)
|
nak tanye..bile manjakani dimasak ngan nasi..air rebusan tuh takpe ke bercampur ngan nasi mesti jadi warna lain kan nasi tuh..itu yg saye konfius ckit..atau masa nasi dah hampir kering baru masukkan.
~ taufiqah_azzahraa@yahoo.com.my
|
sy nak tanye...anak dara boleh ke makan manjakani bt ulam? klu
boleh makan nak th jgk kuantiti nak makan manjakani ni bape
banyak sehari boleh makan?
~ sue_cute1109@yahoo.com.my
|
tak ada gambar pokok sebenar ke? nak tahu juga macam mana rupa pokok manjakani
~ Syaf_fee
|
ehm..
saya masa selepas bersalin dulu adalah asah manjakani letak kat luka lepas tu da baik langsung lupakannya.
tapi sekarang, klik saya kat office lelaki plak tu,suruh saya beli manjakani biji, suruh masak bersama nasi dan lepas tu makan cam tu je..
baru semalam saya beli.. tapi lum cuba lagi...
tapi saya tertarik sebab tu cari laman tentang manjakani..
~ dhiadurrani@yahoo.com.my
|
Selepas kahwin dan mendapat zuriat, nenek menyuruh saya mengamal memakannya setiap hari. Biji2 manjakani direndam semalaman, kemudian ditumbuk & diuli seperti saiz obat kemudian dikering & dibotolkan utk saya. Untuk kebaikan dalaman mungkin kita tak nampak depan mata tapi yg amat ketara, amalan setiap hari dapat mengempiskan perut. Mengikut nenek, jika belum mendapat cahaya mata jgn sekali2 mencubanya. Kini cahaya mata saya seramai 8 orang, tapi ramai yg tak percaya. Cubalah saya ikhlas utk kaum saya wanita....
~ terima kasih nenek Onong
|
tajuknyer pokok manjakani, tp gambar buah manjakani... mana pokoknyer, sy berminat gak nak cari nih
~ aryten@yahoo.com
|
MELUR...Boleh tunjukkan gambar pokok mempening tak....mana tau ada di tempat saya tapi nama berbeza
~ Elisa
|
saya sekadar hendak menambah tentang khasiat manjakani ini.
Kawan Saya ada memberi petua yang dapat menghilangkan jerawat.manjakani diambil dan diasah dan hasil asahan itu disapu pada wajah yang ada jerawat.insyaallah jerawat akan berkurangan.(saya tak pernah mencuba petua ini kerana tidak ada masalah jerawat)Kalau anda rasa ingin mencuba...terpulang.
~ rafidah bt abd aziz
|
manjakani dpt elakkan kanser payudara?...ada tak pembaca yang dapat verify keberkesanan ini?. Jika ada, saya bercdg utk makan juga sbb
~ muyah2000@yahoo.co.uk
|
dimana boleh dapatkan pokoknya ya???? I minaaat sangat. Boleh tak bagi informasi buat I ??
~ ukarz_s@yahoo.com
|
Memang benar... biji majakani banyak khasiat nya bagi wanita yg mengamalkannya akan kelihatan muda dan yg penting bertenaga.
~ hazziz26@yahoo.com.sg
|
Ini bukannya ulasan tetapi tambahan petua bagi mengeratkan hubungan suami isteri, menurut nasihat orang lama, biji majakani dimasukan ke dalam nasi yang sedang ditanak. Apabila nasi telah betul-betul tanak keluarkan biji tersebut, kupaskan kulitnya yang telah lembut, digentelkan dan ditelan. Buat selama tiga hari berturut-turut. Insyaallah
~ linamad8@yahoo.com
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|
|
|