Rozel |
|
| Nama Tempatan: | Rozel |
| Nama Saintifik: | Hibiscus rosa sabdariffa |
| Nama Lain: | Asam kumbang,roselle, pokok ribena,red sorrel, Indian sorrel,Florida cranberry |
| Famili: | Malvaceae |
| Lokasi dijumpai: | |
| Asal: | |
|
|
keterangan: |
Rozel atau asam kumbang ialah tumbuhan semusim yang boleh mencapai ketinggian hingga 3.5 meter. ia mudah membiak dari biji benih dan memerlukan cahaya matahari serta saliran yang baik.Daunnya berwarna hijau tua dengan pelepah daun yang berwarna kemerahan.Walaupun kebiasaannya rozel membiak dari biji benih namun ia juga boleh membiak melalui keratan batang. Untuk membiakkan rozel,bijinya perlu ditanam kira-kira 20cm dari permukaan tanah.Untuk penanaman rozel berskala besar pastikan tiada rumpai yang menganggu pertumbuhan pada bulan pertama kerana tahap pertahanan rozel agak lemah ketika ini.Baja kandang ialah baja yang paling sesuai untuk penanaman rozel.Bunga rozel mula boleh dituai kira-kira tiga minggu dari pertumbuhan bunganya.
Antara kulat yang sering menyerang pokok rozel ialah Aecidium garckeanum, A. hibiscisurattense, Alternaria macrospora, Cercospora abelmoschi, C. malaysensis, Corynespora cassiicola, Cylindrocladium scoparium, Diplodia hibiscina, Fusarium decemcellulare, F. sarcochroum, F. solani, F. vasinfectum, Guignardia hibisci-sabdariffae, Irenopsis molleriana, Leveillula taurica, Microsphaera euphorbiae, Phoma sabdariffae, Phymatotrichum omnivorum, Phytophthora parasitica, Ph. terretris, Pythium perniciosum, Rhizocotonia solani, Sclerotinia fuckeliana, S. sclerotiorum, Sclerotium rolfsii.Pokok ini juga terdedah kepada penyakit seperti penyakit daun bertompok. Ia juga mudah diserang oleh parasit seperti kutu daun(aphid).
Bahagian rozel yang boleh dimakan ialah kelopak bunga atau buahnya yang dipanggil kaliks. Kaliks berwarna merah terang dan bersifat mudah patah atau rangup. Antara kegunaan kaliks rozel ialah dijadikan jus, kordial, bahan campuran dalam biskut dan kek. Daun rozel yang mempunyai rasa agak masam boleh dijadikan campuran dalam masakan seperti tomyam dan sup.Cara mudah untuk mendapatkan air rozel ialah dengan merebus kaliksnya dan dicampur sedikit gula. Air ini enak diminum setelah disejukkan dan dicampur dengan sedikit gula. Untuk menghilangkan bau rebusan campurkan dengan sedikit perahan limau nipis atau titiskan sedikit esen vanila. |
kegunaan:
|
Rozel mempunyai sifat astrigen dan antiseptik. ia boleh digunakan untuk merawat batuk, cirit birit dan berak berdarah. Rozel juga mempunyai kandungan asik askorbik(vitamin C) yang tinggi yang dapat membantu badan membina sistem pertahanan melawan penyakit |
|
|
English Translation |
| Commmon Name: | |
| Botanical Name: | Hibiscus rosa sabdariffa |
| Other Name: | Asam kumbang,roselle, pokok ribena,red sorrel, Indian sorrel,Florida cranberry |
| Family: | Malvaceae |
| Location: | |
| origin: | |
|
|
Description: |
|
Usage:
|
|
|
|
Saya ada menjual anak benih rozel,harga murah aja,hanya rm1.50/pokok(6in lebih kurang dalam poly bag) tanpa kos hantar,sila hubungi 013-7382469 atau keterangan lanjut.
~ sunan
|
btl ke ni rozel??? bukan ke rozel buahnye kaler merah hati ngan daun2nye skali.. tak tau la yg dlm gambar tu spesis lain.. sye pnah tanam pokok nie kat dpan rmh dlm 30 ke 40 pokok... bkn suke minum pun tp sbb pokok ni cantik.. org yg lalu lalang ade yg ingat nie pokok strawberi... hahaha.. buah die bley dkeringkan n bley simpan smpai 2 ke 3 taun.. nk minum just rebus dlm air n tapis n tambah la gule atau madu... best woooo.. tp skrg, sjak sye blajar jauh2.. da takde spokok pun kat rmh sye..
~ adipotre
|
Cuba ngkorang kutip pucuk dia buat asam pedas ... sedap woo... orang india suka makan camtu sebab tu ada orang panggil pokok ni asam keling... kat tempat aku memamng orang panggil asam paya la ...!
~ Pawang Sakai
|
Mana nak dapat benihnya?
~ Nazar
|
mcmana nak memasarkan tanaman rozel ini
~ MOHD_AMZARI@yahoo.com
|
emm, ibu saya ada menenm pokok rozel,hari raya lepas beliau membuat jus rozel sendiri...
~ meed,bt pht jhr
|
saya berminat mengembangkan tanamam rozel ini, jd dimana saya bisa peroleh bibit dan cara tanam serta pemeliharaannya...makasih( sunmo1824@yahoo.co.id )
~ sunarto
|
saya berminat tu mendapatkan benih rozel. dari mana saya boleh memperolehinya?
~ kamal, tg.karag
|
Encik, setahu saya asam paya tu buah kelubi...yang masam giler tu...rozel memang orang panggil asam susur atau asam kumbang
~ Intan
|
POKOK NI JUGA ORANG PANGGIL POKOK ASAM PAYA BUKAN ASAM KUMBANG. ASAM KUMBANG POKOKNYA MACAM POKOK MEMPELAM
~ RAYAGURUN
|
buah rozel sedap di buat jus,rasenya macam air ribena.isinya pulak bole buat jam.
~ along
|
mana nak cari rozel ni...pls sape area lembah klang
~ je
|
rozel itu dapat tumbuh di tempat seperti apa? rozel hidup dan berbunga sampai berapa tahun efektifnya?
~ aims
|
Saya ingin bertanya kepada sesiapa yang mempunyai kilang pemprosesan rozel..sekitar johor. Jika ader bolehlah hubungi saya.
~ mawarputih1348@yahoo.com
|
ade sape-sape tahu ape jenis organik asid pada buah rosel?
~ ?
|
mengandungi organik asid
~ ?
|
Saya telah 4 th berkebun rozel bersama 92 petani di Palembang, mencari sahabat yang berminat kerjasama bisnis memasarkannya, akan lebih baik kalau pembelian dg cara kontrak.
~ Umar Husein, HP 08127854702, cvkmadani@yahoo.com
|
asu.....!!!!!! dimana saya bisa mendapatkannya!!!!!!
~ bajingan cilik
|
saya ingin mencari artikel yang berkaitan tentang kegunaan saripati unga rosella khususnya untuk pembuatan teh
~ pramudito di jogjakata
|
IA BERASIT KEPADA KITA.
~ SITI RADHIAH
|
Eikyn kita kan ada Jabatan Perhutanan dan bermacm2 lagi jabatan kerajaan yang blh membantu anda, tak kan itu pun nak beri tau. Entah apa-apa ntah.. bye....
~ Nazhrol
|
buah pokok rozel ni boleh diproses menjadi kodial minuman yg lazat dan berkhasiat..rasanya masam manis..sedap U..selain dari dibuat minuman..pun boleh dibuat halua..pehh pecah liur Tipahhh..
~
|
buah rozel jugak boleh dibuat jem. rebus buah rozel, kemudian kisar. akhir sekali masak bahan tersebut dan letakkan sedikit gula. ~honeyz~
~
|
Pokok nie cantiklah.Boleh hantar kat kami tak.Kalau nak sembang,bolehlah bersembang dengan kami pasal pokok nie,di ruangan ini jugak.OKEYLAH BYE......
~ mona dan atie
|
setahu saya,ada orang panggil pokok nie strawberi hutan.Batangnya berduri,dan daunnya pun ada duri.
~ AIN@ATIE.1A1.SMKS
|
camne saya nak dapatkan rozel nih?saya ni student dan teringin nak buat final project saya guna rozel..
~ eikyn
|
Saya amat berminat dengan untuk menjadikan rozel sebagai tanaman commercial. Bagaimanakah caranya jikalau saya nak mengusahakan rozel ini sebagai satu perniagaan. Dimanakan tempat saya nak menjual hasil tanaman saya nanti?
~ mizul75@yahoo.com
|
kalau tak silap saya pokok ini jugak dapat menjauhkan ular-ular berbisa..ini menurut jiran saya yang berbangsa India..wallahhua`lam..
~ zam S.Petani
|
takpelaaa...saya da tau!boleh dapatkan kat MARDI terengganu.Kat trg byk tanam rozel.Kita leh dapatkan rozel kering dengan harga RM30:1 kg
~ eikyn ck
|
di mana boleh dapat rozel ni?
kalau boleh sekitar lembah klang ..
~ mnlcorporation@yahoo.com
|
Saya membutuhkan bunga rosella (hibiscus sabdariffa)untuk penelitian. Dimana saya dapat mendapatkannya? Adakah disekitar kota Bandung?
~ eli
|
Saya membutuhkan bunga rosella (hibiscus sabdariffa)untuk penelitian. Dimana saya bisa mendapatkannya? Adakah disekitar kota Bandung?
~ eli
|
dimane sy boleh dpt benih pokok ini???
sy berminat untuk menjadikn nya sebagai bisnes perniagaan
~ eny_ann2000@yahoo.com
|
Daun pokok rozel pulak boleh di campur ke dalam gulai asam pedas sbb daun nya kan masam fuhyoo"... sedap..
~
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|