MELUR.COM
Email : support@melur.com

Laman utama |Siapa Kami | Produk | Buku | Komuniti |Buku pelawat |Sertai Kami |
E-books


Dapatkan naskah anda disini
Google books preview
Beli Buku ini

Daftar baru
ID pengguna:
Kata Laluan:
Produk Pilihan Melur
RM8 Pokok jarum tujuh bilah bunga oren
Pokok jarum tujuh bilah bunga oren RM10 Pokok Halau Nyamuk
Pokok Halau Nyamuk
RM10 keratan batang sabah snake grass
keratan batang sabah snake grass RM9 Anak benih senduduk putih
Anak benih senduduk putih
RM3 Akar som Jawa
Akar som Jawa RM8 Benih Cekur hitam
Benih Cekur hitam
RM40 Trelis
Trelis RM10 Anak benih bunga kesidang
Anak benih bunga kesidang
RM8 Benih daun dewa
Benih daun dewa RM12 Teh herba misai kucing ( Java Tea)
Teh herba misai kucing ( Java Tea)

Lihat lebih banyak produk lagi >>>
10 Produk Paling laris
1. Anak pokok harum sundal malam
2. Benih hempedu bumi
3. Benih pokok kenerak
4. keratan batang sabah snake grass
5. Pokok Halau Nyamuk
6. Benih daun dewa
7. Benih Cekur hitam
8. Anak benih Belalai gajah
9. Benih stevia
10. Benih cempaka putih
11. Baba Grower Pot 147mm
12. Anak benih senduduk putih
Mencari Produk ? :

Carian Produk

Pautan menarik

1. Senarai nama saintifik
2.Rawatan Kanser menurut Al-Quran
3.Flowers of Malaysia

Simpanan artikel
1.Migrain dan herba
2.Leuorrhea(keputihan): Masalah yang kerap dialami wanita
3.Herba membantu Senggugut
4.Racun bena putih
5.Mengawal dan menghapuskan bena putih
6.Tip mengatasi dan mencegah sakit kepala
7.Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi
-sumber Mingguan Wanita April04
8.Penawar Kanser: Pokok Harum Sundal Malam
(Berita dari Mingguan Malaysia Isnin 6 Dis 04)
9.Semaian Herba Hutan
10.Herba Untuk Asma/lelah
11.Kain Bawal fabrik selesa untuk tudung.

Sertai kami di Myherba
Disokong oleh health.groups.yahoo.com
Laporan trafik kami secara terperinci

Sertai kami
Hantar artikel anda
Hantar Petua
Hantar Resepi
Senaraikan syarikat
Artikel
Petua
resepi
diskusi
Pengalaman
BLOG PENGARANG
Iklan percuma
Direktori Herba
Direktori Pengeluar
Jadual penanaman
Lihat Katalog Melur.com
Pautan Lain
Melur.com

Promote Your Page Too
5 Produk paling baru
1. Anak benih kecubung
2. Pokok Halau Nyamuk
3. Anak pokok harum sundal malam
4. keratan batang  Mulberi
5. keratan batang sabah snake grass

Buah | Herba | Hiasan |Sayur | Semua Tumbuhan |

Mambu

Nama Tempatan:Mambu
Nama Saintifik:Azadirachta Indica
Nama Lain:Semambu,bambu,laksamana,neem
Famili:Meliaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan teduhan ditepi-tepi jalan
Asal:

keterangan:

Pokok mampu sejenis pokok yang mudah ditemui ditepi-tepi jalan. Pokok ini popular bagi masyarakat india dan digunakan dalam upacara sembahyang. Ia juga dikenali dengan nama sakhti atau god of mother oleh masyarakat india.Masyarakat india juga percaya daun ini boleh digunakan untuk menghalau hantu, sebab itulah kebanyakan rumah orang india mempunyai tanaman ini.Daun ini banyak digunakan dalam upacara keagamaan kaum india.Mambu mudah tumbuh dan membiak samaada dari keratan batang ataupun biji benih. Apabila matang, ia boleh mencapai ketinggian antara 3 hingga 5 meter. Mambu memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk tumbuh subur.

kegunaan:

Secara tradisionalnya dalam masyarakat melayu mambu digunakan untuk mengubat penyakit kulit yang berkaitan dengan kegatalan seperti scabies(kudis buta) dan cacar air(chicken pot). Kaedah yang digunakan ialah dengan cara meramas daun mambu kedalam sebesen air dan air ini digunakan untuk mandi. Selain dapat menghilangkan miang akibat campak atau cacar air ia juga membantu kulit kembali kekeadaan asal selepas sembuh tanpa menimbulkan parut.
Pesakit campak dan cacar air selalunya tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana merasa terlalu gatal. Untuk mengurangkan kegatalan ini, daun bambu yang dibungkus dengan kain boleh digunakan sebagai lapik badan.Daun bambu yang ditumbuk lumat juga berkesan untuk merawat kudis buta atau scabies. Tangan pesakit hendaklah direndam dan dibersihkan dengan air suam. Setelah itu keringkan tangan dengan kain yang bersih dan campuran daun mambu yang tumbuk lumat disapu pada bahagian yang terkena kudis. Biarkan hingga kering sebelum dibersihkan.Terdapat juga produk dipasaran untuk merawat scabies yang menggunakan produk ini dalam bentuk sabun dan krim sapuan.
Daun ini juga mampu merawat sakit belakang. Campuran antara daun mampu dan daun kaduk direbus dan diminum airnya dikatakan dapat melegakan sakit belakang.Kaum india percaya semasa menggunakan ubat dari mambu mereka tidak dibenarkan memakan daging.Akar pokok mambu begitu pahit dan ia mengandungi alkaloid,nimbin,nimbinin dan nimbidin. Walaupun amat pahit akar mambu yang direbus dan diminum airnya dipercayaai dapat melegakan demam dan gastrik. Selain dari kegunaan perubatan , minyak yang diekstrak dari pokok mambu boleh digunakan sebagai racun makhluk perosak yang selamat dan mesra alam.

English Translation

Commmon Name:
Botanical Name:Azadirachta Indica
Other Name:Semambu,bambu,laksamana,neem
Family:Meliaceae
Location:
origin:

Description:

Usage:


Beri Ulasan Anda


Ulasan pembaca


kajian terbukti boleh mengatasi lbh 10 masalah kulit, anti nyamuk,malaria, jerawat/resdung,kayap, kurap, rashes dsb. saya ada buat sabun mambu+kulit kayu manis utk muka dn badan utk jualan. Bondasha, jitra
~ ulikmayang71@yahoo.com

Agak minat untuk membuka business menanam pokok mambu.
~ suguna.nadeson@gmail.com

Pada sesiapa yang nak buat research atau nak komersilkan sila hubungi saya bila-bila masa.Saya boleh sediakan stok sebab tumbuh dengan banyak kat rumah.  012-9879825
~ A Raak B Arshad

Di tempat kerja saya banyak terdapat pokok mambu ini. Sudah berkali-kali saya cuba membiakkan pokok neem ini secara keratan batang, namun tak berjaya. Biasa pokok-pokok ini berbunga tapi gagal berbuah. Ada sesiapa yang telah berjaya membiakkan neem ini secara keratan batang? Dah puas cuba.
Ada sejenis pokok lagi dipanggil orang mambu juga, tetapi tidak tumbuh setinggi mambu biasa.
~ Azmi. Taiping

Nama pokok ini dalam bahasa Inggeris Neem.

http://en.wikipedia.org/wiki/Neem
~ Yosri

daun mambu.
jangan ambil terlalu banyak daun semasa mereneh. kekuatan ubatnya boleh mengakibatkan pendaraha dalaman.
resepi kegunaan.
susu lembu asli.
daun mambu yg ditumbuk hancur (tak boleh pakai mesin)
susu dimasak sehingga panas.(tak boleh didih)masuk dalam mangkuk.
masukkan 1/4 sudu kecil daun mambu yang hancur.kacaukan kedua bahan ini.minum sebelum tidur.
rasanya tak pahit seperti yang dikatakan pahit. baunya senang diterima semua.nak tau lagi banyak lain kali shj.kesannya,mengubati sendi, perut yang kotor dicucui.ini mengakibatkan sakit sendi, cirit.jangan bimbang hanya utk pemulihan.teruskan resipi ini .  
~ ppppp_ccccc@yahoo.com

mambu sememang satu pokok yang mempunyai pelbagai kegunaan. ianya dapat mengubati pelbagai penyakit yang serius
~ from:roberto

saya ada baca rencana tentang minyak mambu boleh digunakan sebagai racun serangga dan racun kulat.Mana nak dapatkan minyak mambu yang di buat khusus sebagai racun serangga?
Minyak mambu yang dijual kat kedai barangan india tu boleh gunakah?
~ halim

Saya telah mencuba menggunakan air rebusan daun mambu; hasilnya menakjubkan kerana saya tidak lagi mengalami ketegangan urat terutama bahagian bahu dan belakang kerana terlalu lama menulis dan mengadap komputer (saya merupakan seorang penuntut di peringkat doktor falsafah). Di samping itu saya rasa lebih sihat dan cergas. Selamat mencuba
~ Rohani Hj Ab. Ghani

Nama inggeris bagi pokok ini ialah pokok margosa
~ Admin

akum.. saya bdk mrsm lgkawi.. my group ada buat 1 researchbout krim nk ilangkan bau kaki..kitarang ltk pewangi pandan.pastu ada pensyarah kat usm ni bg cadanagn guna daun bambu sbg antibakteria..so kita tunggu je apa kptsan research kami..doakan kejayaan kami..maresmawian da best..hehehe..=)
~ bdk msrm langkawi

Erm... setahu saya daun semambu @ mambu direbus dan air rebusanya digunakan untuk mandi oleh wanita yang baru bersalin, lebih dari itu saya tak pasti la sebab saya lelaki :P. Jiran-jiran selalu datang rumah saya untuk mengambil daunnya sekiranya ada perempuan yang baru bersalin.Dirumah saya pokok ni sama tinggi dengan rumah dan ia jarang berbuah walaupun sudah besar. kalau nak ia berbuah kena lah tanam diatas tanah dan bukan dalam pasu.
~ man

Saya tanam pokok ni dalam pasu.. tapi dah 5-6 tahun tak penah pun nampak pokok ni berbuah...
~ haifa

ubat demam campak. Ada cerita asal usulnya tersendiri. Ada ibu ada bapak. He he he! Betoi ka Pak Kob?
~ abdupm

Emak saya (semua mak saya, he he) minum air ni setiap pagi (pahit). Alhamdulillah, sampai sekarang badan dia sihat walafiat (dengan izin Allah)
~ zarina

Tolong berikan maklumat tentang herba :- - Daun Temaga - Asam Gelugur - Bonglai
~ bebe_liyana@yahoo.com

Keratan Akbar Mingguan Malaysia

SEMEMANGNYA suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan bahawa sebahagian besar daripada kita gemar menanam pokok di persekitaran rumah sama ada tumbuhan hiasan ataupun sayur-sayuran.
Aktiviti ini digemari bukan hanya untuk menceriakan diri sendiri, bahkan mengindahkan suasana sekitar rumah.

Lagipun, dari sudut sains kehadiran tumbuhan hidup meningkatkan kandungan oksigen dalam udara yang penting untuk pertumbuhan minda.

Namun begitu, pemilihan pokok untuk ditanam sama ada di halaman atau di dalam rumah berdasarkan kepada beberapa ciri, antaranya spesies yang mempunyai khasiat dan sudut kesihatan diri atau penawar penyakit tertentu.

Contohnya pokok mambu atau Azadirachta indica danipada keluarga Meliaceae.

Tumbuhan ini, walaupun biasanya tumbuh liar kadangkala ditanam sebagai pokok teduhan kerana ia senang berkembang.

Tepi daunnya bergerigi jelas dan agak tajam. Di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya lebih jelas dan berwarna sedikit kekuningan.

Menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan FRIM, Dr Azizol Abdul Kadir, daun pokok mambu mempunyai beberapa kegunaan dalam perubatan tradisional.

Menurut beliau, berdasarkan temu bual dengan pengamal perubatan tradisional tempatan, daun mambu boleh digunakan untuk merawat bisa pokok jelatang gajah, demam campak dan meredakan demam panas.

Malah, daun mambu yang bersifat antiserangga juga boleh digunakan untuk mengelak serangan serangga pada tanaman,

katanya.

Menurut beliau, kaedah penggunaan pokok mambu untuk menghilangkan rasa gatal kerana demam campak ialah dengan mengambil beberapa helai daun kemudian ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu sapulah daun tersebut ke badan pesakit.

Bagi mengurangkan demam panas pula, rebus akar pokok mambu sehingga mendidih, kemudian ditapis bagi mendapatkan air rebusannya. Air tersebut diminum apabila suam.

Bagi merawat bisa terkena pokok jelatang gajah pula, ambil beberapa helai daun pokok mambu yang segar, dibersihkan terlebih dahulu kemudian dikunyah mentah.

Rasanya yang berangin seperti pudina bukan sahaja boleh mengurangkan bisa malah boleh menyegarkan mulut,

katanya.

~ Mingguan Malaysia

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker
Tumbuhan paling baru dikomen:Ubi ganyong(9/2/2014)



Resepi
Stevia , pemanis gantian gula
Bahan-bahan:
Stevia dan Pengisar kering atau pengisar kopi

Stevia mula dikenali umum sebagai pemanis tanpa kalori  yang boleh menggantikan gula dalam minuman dan masakan. Hakikatnya kita tidak dapat menentukan ketulenan  pelbagai produk stevia yang disediakan di pasaran. Langkah paling selamat ialah dengan menanam dan memproses sendiri stevia untuk menentukan ketulenannya. Video ini menunjukkan cara mudah untuk menyediakan stevia untuk kegunaan di rumah.
Cara Membuatnya:

~Pengirim:Noraida Arifin


Petua
petua untuk ikhtiar penyakit kanser
Bahan-bahan:
Biji aprikot pahit.

Cara:
1. Seorang kawan yang terkena kanser usus mengamalkan memakan 9 biji aprikot pagi , tengahari dan malam sebagai ikhtiar penyakit yang dihidapinya. In Shaa Allah disembuhkan sakitnya.

2. Seorang makcik mengesyorkan sesiapa yang tidak lagi terkena kanser untuk mengambil 3 biji aprikot pahit setiap hari untuk mencegah kanser. caranya dengan makan seperti makan kacang. Memang pahit tapi alah biasa tegal biasa.

~Pengirim:Nor

Pelawat aktif :58 orang
Carian tumbuhan:

Senarai Tumbuhan (285)

Adenium
African Violet
agave
Aglaonema Pride of Sumatera
Aglonema
Akar Ginseng jawa
Akar Pisang / bunga pisang-pisang
Akar tarum
Alfalfa
Allspice
Anggerik Merpati
Anggur
Asam gelugur
Asam kerat lintang
Asam Kerenda
Ati-ati
Bakawali
Balik adap
Bangun-bangun
Baru Cina
Bauhinia
Bawang putih
Bayam
Bayam karang
Bebuas
Belalai Gajah
belimbing pasir 1
Belimbing tanah
Beluntas
Bemban
Berangan
Beri Hitam
Biji Sawi (black mustard seed)
Bluewings
Bonglai
Bonglai putih
Buah Mentega
Buah susu/Avocado
Buddleia
Bunga bawang merah jambu
Bunga Bawang putih
Bunga butang ungu
Bunga Cina / Melur Cina
Bunga Cina oren
Bunga kenanga
Bunga lawang
Bunga Lidah Kucing
Bunga lili putih
Bunga Matahari
Bunga mayang sari
Bunga melur
Bunga melur vietnam
Bunga ribu ribu
bunga ros jepun
Bunga santalia
bunga tahi ayam
Bunga Tanjung
Bunga Tongkeng
Calalily
Cape honeysuckle
Cekur
Cekur Manis
Cempaka
Cempaka Keling
Cempaka telur
Cemumar
Cendawan susu rimau
Cendawan Tiram Kelabu
Ceri barbados
Cermai
chinese honeysuckle
Cucur atap
Cuphea
Dahlia
Dahlia
Daun Dewa
Daun segugur
Delima
Depu Pelanduk
Derhaka Mertua
Dukung Anak
Durian Belanda
Ekor Anjing
Embun tengahari
Fire Flash
Flame violet(green)
Gadis Lompat
Gaharu/depu
Gaillardia
Gajus
Galak tua
Gandarusa
Garuda
Gelam Tikus
Gelenggang
Gora
Gorek
Halia
Hamba Raja
Hempedu beruang
Hempedu bumi
Hujan panas
Inai
Jade Vine
Jambu batu
Jarak Minyak
Jarak pagar
Jarum Mas
Jarum tujuh bilah
Jelai
Jeliti
Jerangau
Jeremin
Jeruju
jerun
jintan hitam
Kacang Malabar
Kacang telang
Kacip Fatimah
Kaduk
kancing baju
Kancing Baju Merah
Kantan
Kapalterbang
Kari
kayu manis
Kecubung
Keladi candik
Keladi Tikus
Kelapa
Kemangi
kembang semangkuk
kemoyang
Kemunting
Kemunting Cina
Kenerak
Kerak-kerak nasi
Kerian
Kermak putih
Kesidang
Kesum
Kesumba
Ketumbar jawa
Ketumpangan air
Kopsia
Krosandra
Kucing galak
Kuku Garuda
Kulim
Kunyit
Kunyit Hitam
Lada Hitam
Laici
Lakum
Larak
Lemba
Lemon Balm
Lempoyang gajah
Lemuju
Lemuni
Lengkuas
Lengkuas geting
Lenjuang merah
letup-letup
Lidah buaya
Limau kasturi
Limau Purut
Lontar
mahkota dewa
Maman Hantu
Maman Ungu
Mambu
Manggis
Mas cotek
Mata Ayam
Matakucing Pingpong
Melada pahit
Memali
Mempelas
Mengkirai
Mengkudu
Mengkunyit
Mertajam
Mexican Hat
Misai ali
Misai kucing
Mulberi
Nam Nam
Oregano
orkid pinang
Paku Tunjuk Langit
Pala
Palas
Pandan wangi
Parisan
Patawali
patikan kerbau
pegaga
Penaga
Perah
Peria pantai
Periuk Kera
Petai
Petai belalang
Petunia
Pokok ajaib
Pokok lelipan
Pokok Manjakani(mempening)
Pokok Nilam
Pokok Tea
Pokok Zebra
Pudina
Puding Mas
Pulosari
Pulut-pulut
Purple Heart
Putat
Rosemary
Rozel
Ruku Hitam
Rumput Israel
Sagu Bemban
Salam
Sambung Nyawa
Sarang semut
Sawi Rana
Sedap Malam
Sehelai setahun
Sekentut
Selada
Selada
Selai Jendela
Selasih
Selasih dandi
Selom
Semalu
Sembung
Senduduk
Senduduk Paksa
Senduduk putih
Senna mekah
Sentul
Sepang
Serai
Serai aceh
Serai Wangi
Setawar
Setawar Putih
Sintok
Sirih
Sri Gading
Stevia
Subang nenek
Sundal malam
Sungkai
Sunset Bell
Susun kepala
Tebengau
Teja
Temu hitam
Temu kunci
Temu lawak
Tenggek Burung
Tepus Kesing
Tepus Tanah
Teratai
Terung asam
Terung Kemar
Terung Ranti
Terung susu kambing
Timun betik
Tomato
Tongkat ali
Tongkat Ali Hitam
Tutup Bumi
Ubat Kurap
Ubi ganyong
Ubi jaga
Ubi Kasur
Ubi sarek
Ulam raja
Ulat Bulu
Urang-Aring
Vanila
Yesterday, today, tomorrow
Zodia

Artikel ini disiarkan untuk pengetahuan am dan tujuan pembelajaran semata-mata, artikel ini tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan. Anda disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba.

Melur.com ialah sebuah laman web persendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan atau organisasi atau e-group.

Copyright?Melur.com 2003-2010
email kami di support@melur.com