Oregano |
|
| Nama Tempatan: | Oregano |
| Nama Saintifik: | Origanum Vulgare |
| Nama Lain: | Greek oregano,wild marjoram. |
| Famili: | Labiatae/Lamiaceae |
| Lokasi dijumpai: | Ditanam sebagai rempah |
| Asal: | |
|
|
keterangan: |
Pokok oregano yang dijadikan rempah sebenarnya ada dua jenis iaitu origanum dictamnus dan origanum vulgare (disebut Vul-Gay). Daun kering yang biasa di jual di pasaraya sebagai rempah dan biasa dijumpai ialah origanum dictamnus(dipanggil juga dittany atau dictamnus)Oregano yang akan dibincangkan di sini ialah origanum vulgare.Pokok oregano mempunyai bau yang menusuk hidung. Pokok ini boleh mencapai ketinggian hingga 7 kaki.Nama oregano berasal dari perkataan greek yang bermaksud "joy of the mountain".Oregano banyak digunakan dalam masakan Itali seperti pizza dan masakan lain yang menggunakan sos tomato kerana baunya yang kuat dan berbau pedas.berada dalam famili yang sama dengan daun pudina, herba ini banyak digunakan untuk memberikan aroma dan rasa kepada ikan dan daging.Oregano juga lebih dikenali sebagai herba pizza.Daunnya agak tebal dan agak berbulu.Tumbuhan ini mudah membiak melalui keratan batang.Ia memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam pendedahan terhadapa cahaya matahari setiap hari untuk tumbuh subur dan sihat.Daunnya mempunyai minyak pati yang dipanggil minyak oregano.Daunnya sedap dijadikan rempah atau dimakan sebagai ulam seperti daun basil juga. |
kegunaan:
|
Perubatan greek purba telah lama menggunakan oregano sebagai penawar untuk penyakit seperti masalah pencernaan ,sakit kepala, batuk dan menghilangkan bengkak dan lebam.Daunnya yang beraroma juga boleh menambahkan selera makan.Ia juga banyak digunakan untuk menghilangkan sakit tekak dan sakit kerongkong.Untuk sakit tekak dan kerongkong daun oregano yang segar atau kering boleh dijadikan teh dan diminum.Untuk masalah pencernaan dan sakit perut daun oregano diparut bersama ibu kunyit, dicampur dengan asam jawa dan gula melaka dan diminum. Amalan makan daun oregano sebagai ulam juga dapat mencantikkan kulit dan melancarkan pengaliran darah |
|
|
English Translation |
| Commmon Name: | |
| Botanical Name: | Origanum Vulgare |
| Other Name: | Greek oregano,wild marjoram. |
| Family: | Labiatae/Lamiaceae |
| Location: | |
| origin: | |
|
|
Description: |
|
Usage:
|
|
|
|
Assalamualaikum w.b.h.....jika ada sesiapa yang berminat ngan tumbuhan herba seperti Oregano, Thyme, Rosemary, Sage, Peppermint, Pudina, Lavender dan seangkatan dengannya bolehlah hubungi saya, Mohd Firdaus (019-9924400) di Kuantan, sementara stok masih ada..tq n wassalam.
~ Mohd Firdaus
|
saya dah cubatanam pokok ini, yer berjaya pokok oreganor yg paling senang tanam. mula2 saya beli 1 pot lani saya dah ada dekat 12 pasu.
~ lan mafia80
|
MAITI-
KALAU NAK TANAM THYME ATAU ROSEMARY BELI SAJA SUPARMARKET YANG MENJUAL SECARA SEGAR HERBA INI KERAT DAN CELUPKAN DI DALAM PENGGALAK AKAR DAN DI SEMAI DIDALAM POLYBAG. SAYA TELAH CUBA DAN BERJAYA
~ RAYAGURUN
|
mcmana nk beli benih pokok ni..? saya tinggal di terengganu...
lagi...ade x benih pokok herba yang lain(thyme, rosemary dll)...lama dah mencari...
~ maity
|
Oregano juga adalah dari spesis bangun-bangun. Daunnya hampir serupa, saiznya agak berbeza, baunya juga berbeza.
~ chullenmn@yahoo.com
|
Saya ada sejenis herba. Rupanya hampir serupa. Ada bau seperti rempah. Tapi orang Cina ada sebut daunnya elok untuk sakit jantung dan darah tinggi. Sampai sekarang saya tak sure sama ada ia oregano, marjoram atau herba yang berlainan.
~ sue
|
masa anak saya masih kecik2 dulu selalu kena demam panas,selain menguna kan ubat dari hospital, saya guna kan daun oregano untok menurunkan panas dari dalam badan,dengan cara ambil beberapa helai daun oregano di cuci lalu di rendam dengan air panas supaya lembut,di buang air panas tadi dan perah lah jus yang terdapat pada daun oregano lalu di beri minum,amal kan selalu,insyaAllah berkesan dari ubat.
~ ima
|
Azlan, Nursery U kat mana?? Dah lama nak cari pokok ni...
~ KIKI
|
mcm mana i nak beli herba nie?
~ narita
|
saya ada jual oregano in plastic pots RM10 per pot. organic and fresh
~ Azlan
|
kat melur ada tak jual pokok ni???
~ shida
|
Jenis-jenis oregano
~ Admin
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|