Pandan wangi |
|
| Nama Tempatan: | Pandan wangi |
| Nama Saintifik: | Pandanus Odorus |
| Nama Lain: | Pandan,Daun pandan,Rumpe (disebut rum-pay), Screwpine, Pandon, Screw
Palm, Ketaki, Fara, Hala, Fala, Vadra |
| Famili: | Pandanaceae |
| Lokasi dijumpai: | Ditanam sebagai tumbuhan masakan di sekitar rumah |
| Asal: | |
|
|
keterangan: |
Terdapat beberapa spesies dalam famili pandanacea antaranya ialah pandan wangi atau daun pandan yang digunakan dengan meluas dalam kebanyakan masakan melayu tradisional.Pandan wangi ialah sejenis tumbuhan berumpun dan boleh mencapai ketinggian antara 1 hingga 2 meter. Batangnya sebelum muncul daun disokong oleh akar yang timbul dari permukaan tanah. Daunnya licin dan berkilat mempunyai panjang sekira 50 cm.Pandan menyukai medium yang agak lembab dan selalunya tumbuh subur dikawasan yang agak berair. Ia membiak melalui pecahan rumpun dan anak yang terhasil dari rizomnya.Pandan digunakan sebagai perisa dan pewarna makanan di semua negara ASEAN. Daunnya digunakan untuk memberikan aroma pada nasi, kari dan masakan seperti kuih muih.Untuk mendapatkan baunya dan membuat sirap, beberapa helai daun pandan disimpul bersama dan direbus bersama air dan gula. Daunnya boleh juga digunakan untuk membungkus ikan dan ayam sebelum dibakar.Kaum cina juga menggunakan daun pandan untuk membungkus pulut atau dumpling. Klik disini untuk beberapa resepi yang menggunakan pandan |
kegunaan:
|
Pandan boleh dijadikan teh untuk menghilangkan masalah angin dan masalah pencernaan.Sila bantu kami menyenaraikan khasiat daun pandan dengan memberi ulasan. |
|
|
English Translation |
| Commmon Name: | |
| Botanical Name: | Pandanus Odorus |
| Other Name: | Pandan,Daun pandan,Rumpe (disebut rum-pay), Screwpine, Pandon, Screw
Palm, Ketaki, Fara, Hala, Fala, Vadra |
| Family: | Pandanaceae |
| Location: | |
| origin: | |
|
|
Description: |
|
Usage:
|
|
|
|
Betul ke pandan boleh dibuat ubat gout? Tolonglah komen sebab saya ni ada sakit gout.
~ Ruslan Sidek, Kluang, Johor.
|
apakah kelebihan daun pandan??
kalo bley senaraikan kesemuanya...email kt notty_95@yahoo.com.my...
thats all...
~ booodak mrsm gerik...
|
air teh akan jadi lebih sedapa dan segar sekiranya diletakkan daun pandan
~ ieda
|
pandan wangi juga untuk mengubati sakit tulang
~ Mazlan dan james dari dongonggon,kota kinabalu sab
|
Pandan, bahan utama dalam pembuatan potpouri melayu asli - bunga rampai. Kebiasaannya digunakan di dalam masakan - nasi lemak, nasi minyak, nasi briyani dan aneka bubur untuk menghasilkan aroma pandan bagi membangkitkan kelazatan makanan. Daun pandan juga digunakan sebagai pewarna di dalam pelbagai jenis kuih melayu seperti buah melaka, lapisan atas seri muka, kuih bingka dsb. Seorang sahabat berbangsa Cina memberitahu saya, air daun pandan boleh menyembuhkan penyakit gout. Caranya tumbuk beberapa helai daun pandan sehingga lumat dan campurkan sedikit air untuk mendapatkan airnya. Minum satu sudu besar air perahan tadi 2 atau 3 kali seminggu. Menurutnya, petua ini diamalkan dalam keluarganya.
~ Zaherah (zahism@hotmail.com)
|
sy memng suka pandan...
pandn wangi ker pandan wat kraf ker...
janji pndan...
huhuhu....
camne nak bg hilang kelemumur guna pandan ek?
tolonglah hamba Allah yg tak tahu cmne caranye...
tolong email kat hulma_virgo@yahoo.com
~ suka pandan...
|
bagaimana nak jadikan pandan tu sesuatu barang yang boleh dikormesialkan selain bedak wangi dan bende yang wangi...
~ ~ bebudak mrsm kkb
|
bagi wanita selepas bersalin untuk kembalikan kesihatan luaran, ambil beberapa helai daun pandan bersama daun Nilam(Pogostemon cablin), daun kunyit (Curcuma domestica), daun lengkuas (alpinia galanga), daun Flemingia macrophylla. rendam dengan air panas dan tunggu sehingga suam untuk mandian dalam kolah atau tab mandian selama 20 minit atau lebih. kesihatan jelas kelihatan pada raut wajah berseri-seri dan suhu badan yang terkawal oleh efeksi dalam badan yang mengamal cara mandian ini. selamat mencuba..........
insyallah jika anda mengamalkan cara ini.
~ hafifi
|
DAUN PANDAN DIHIRIS HALUS, KEMUDIAN MASUKAN DALAM BEKAS YANG CANTIK ATAU APE AJE LAH. LETAKKAN DALAM ALMARI DAPUR KE, ALMARI BAJU KE DAN SEANGKATAN DGNNYE. BUKA AJE ALMARI BERBAU WANGI, LIPAS PUN TAK AKAN DATANG. CUBA LA...
~ PUTERI RIKA
|
boleh x bagi tau kandungan bahan kimia atau pe2 je psl daun pandan.sya tercari cari mklmt 2.nk wt tesis.
~ and
|
sayer pun penah kene macam yang kencing musang tu. betulla macam pandan . tp kitorang ingat hantu wangi malam tu sebab dah tengah malam ... bila tanya mak... tu laaa musang pulut ....betul ke tidak tak tau laaa kan
~ sitwety84@yahoo.com
|
Pandan juga digunakan untuk menghilangkan kelemumur.
~ lut
|
Di Malaysia, pandan berasal dari KL, ditemui banyak dikawasan bekas lombong bijih timah. Tempat tu diberi nama Kampung Pandan.
Kalau di Indonesia, pandan berasal dari sebuah pulau iaitu Pulau Pandan.
Pulau Pandan Jauh Ke Tengah,.... kat Riau kot.
~ Saja merepek
|
pandan dengan pandan wangi pokok yang sama ker?
~ fajarsiang@yahoo.com
|
daun pandan ini juga dapat digunakan untuk membuat nasi lemak. sebab ia mengeluarkan aroma yang wangi yang kami bau dari pada nasi lemak
~ fareez
|
Pandan ngan pandan wangi sama je yang tak sama pokok pandan yang biasa tumbuh tepi pantai dan orang guna untuk buat tikar dan kraftangan tu.
~ Meya
|
Dulu masa kat kampung, atap rumah saya ada bukaan untuk peredaraan angin. Ala, rumah zaman dolu2... Pada suatu malam, tengah saya dan akak saya dok diner dalam pukul 12.30mlm, tetiba satu percikan air jatuh dari bumbung. Dan dengan tetiba, satu dapur BERBAU PANDAN... Kami pun apa lagi, berterabur la lari naik ke ruang tamu. Takut... Then mak saya kata, itu kencing MUSANG lahhh... Lps tu, semua makanan kena buang. Muakakakaka... kelakar!
~ nurisham@jpa.gov.my
|
helo...
saya cuma nak tanya kenapa maklumat yg diberi bukannya dalam bahasa inggeris?saya sungguh berharap yg maklumat yg diberi adalah dalam bahasa inggeris!
~ bahasa inggeris!
|
akum.. asal x siarkan kand. bhan kimia pandan yg bt pandan tue wangi? saya tercari2 bhn tue... nk bt research pyh la...
~ budak mrsm langkawi
|
NAK TANYA ADA TAK PRODUK DARI DAUNPANDAN TU YANG BERJAYA
~ BUDAK MRSM LGK
|
Ambil satu dahan/btg daun pandan ini simpan dalam kereta. Kereta akan bau pandan. Buat dua minggu sekali.Tetapi dalam kereta hendaklah sentiasa bersih dari kekotoran, kalau tidak baun kereta akan bertukar jadi bau musang pandan.
~ abdupm
|
daun pandan boleh digunakan sebaai pembalut tungku ( batu atau besi yang dipanaskan) dengan tujuan melembutkan urat.
rebus bersama serai wangi dan daun nangka kering untuk ubat strok dan dibuat air mandi
~ rizana9098@yahoo.com.my
|
Di Malaysia, pandan berasal dari KL, ditemui banyak dikawasan bekas lombong bijih timah. Tempat tu diberi nama Kampung Pandan.
Kalau di Indonesia, pandan berasal dari sebuah pulau iaitu Pulau Pandan.
Pulau Pandan Jauh Ke Tengah,.... kat Riau kot.
~ Saja merepek
|
Banyak maklumat yang diberikan tentang pandan dalam bahasa inggeris. cuba taip nama saintifiknya dan cari kat google ke mana2 search engine yang lain. Tak banyak maklumat dalam bahasa melayu. sebab tu saya kagum website ni banyak beri info dlm bhs melayu. satu usaha yang murni
~ Pencinta bahasa melayu
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|