MELUR.COM
Email : support@melur.com

Laman utama |Siapa Kami | Produk | Buku | Komuniti |Buku pelawat |Sertai Kami |
E-books

Shop Amazon - Subscribe & Save Up to 15% on Select Plum Organics Products

Dapatkan naskah anda disini
Google books preview
Beli Buku ini

Daftar baru
ID pengguna:
Kata Laluan:
Produk Pilihan Melur
RM10 Anak benih Belalai gajah
Anak benih Belalai gajah RM5 anak benih holy basic
anak benih holy basic
RM3 Akar som Jawa
Akar som Jawa RM9 Benih rose jepun ( campuran). 3 pasu bunga rose je
Benih rose jepun ( campuran). 3 pasu bunga rose je
RM8 Benih kunyit bonglai
Benih kunyit bonglai RM10 keratan batang sabah snake grass
keratan batang sabah snake grass
RM10 Anak benih bunga kesidang
Anak benih bunga kesidang RM8 Benih stevia
Benih stevia
RM8 Benih Cekur hitam
Benih Cekur hitam RM5 Anak pokok harum sundal malam
Anak pokok harum sundal malam

Lihat lebih banyak produk lagi >>>
10 Produk Paling laris
1. Anak pokok harum sundal malam
2. Benih hempedu bumi
3. Pokok Halau Nyamuk
4. Benih pokok kenerak
5. Teh herba misai kucing ( Java Tea)
6. keratan batang sabah snake grass
7. Benih daun dewa
8. Anak benih Belalai gajah
9. Benih Cekur hitam
10. pudina
11. Benih stevia
12. Benih rose jepun ( campuran). 3 pasu bunga rose je
13. Benih cempaka putih
14. Baba Grower Pot 147mm
15. Anak benih senduduk putih
Mencari Produk ? :

Carian Produk

Pautan menarik

1. Senarai nama saintifik
2.Rawatan Kanser menurut Al-Quran
3.Flowers of Malaysia

Simpanan artikel
1.Migrain dan herba
2.Leuorrhea(keputihan): Masalah yang kerap dialami wanita
3.Herba membantu Senggugut
4.Racun bena putih
5.Mengawal dan menghapuskan bena putih
6.Tip mengatasi dan mencegah sakit kepala
7.Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi
-sumber Mingguan Wanita April04
8.Penawar Kanser: Pokok Harum Sundal Malam
(Berita dari Mingguan Malaysia Isnin 6 Dis 04)
9.Semaian Herba Hutan
10.Herba Untuk Asma/lelah
11.Kain Bawal fabrik selesa untuk tudung.

Sertai kami di Myherba
Disokong oleh health.groups.yahoo.com
Laporan trafik kami secara terperinci

Melur.com

Promote Your Page Too
5 Produk paling baru
1. Anak benih kecubung
2. Pokok Halau Nyamuk
3. Anak pokok harum sundal malam
4. Anak benih mulberi hitam
5. keratan batang sabah snake grass
Iklan percuma
Direktori Herba
Direktori Pengeluar
Jadual penanaman
Lihat Katalog Melur.com
Pautan Lain
Artikel
Petua
resepi
diskusi
Pengalaman
BLOG PENGARANG
Sertai kami
Hantar artikel anda | Hantar Petua | Hantar Resepi| Senaraikan syarikat

Buah | Herba | Hiasan |Sayur | Semua Tumbuhan |

Kecubung

Nama Tempatan:Kecubung
Nama Saintifik:Datura Metel Linn
Nama Lain:Horn Of plenty,angel"s trumpet,Downy thorn apple,Devil"s trumpet,
Famili:Solanaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar
Asal:

keterangan:

Sinonim:Datura fastuosa, Linn. D. alba, Ness. D. fasttuosa, Linn. var alba C.B. Clarke.

Kecubung ialah sejenis pokok renek yang bercabang banyak.Batangnya keras berkayu dan cabangnya seolah-olah membentuk rumpun.Tinggi pokok kecubung selalunya kurang dari 2 meter. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang. Kini kecubung banyak ditanam ebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yng cantik dan unik.Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza.Jenis yang biasa dijumpai ialah kecubung dan kecubung kecil. Warnanya bunganya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih, ada juga yang berwarna kuning dan oren.Buahnya pula berwarna coklat mempunyai duri-duri halus diluarnya.Kandungan kimia dalam kecubung ialah:hiosin,oksalik,lemak dan hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid.Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.

***Amaran:Semua bahagian tumbuhan ini beracun.Keracunan hanya akan berlaku jika sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak.Jika ada yang keracunan kecubung , terutamanya kanak-kanak, jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya usahakan supaya mereka terus berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.

kegunaan:

Kecubung biasa digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit-penyakit seperti asma, rheumatik,sakit pinggang dan bisul. Untuk asma,10 helai daun kecubung dihiris halus dan dijemur hingga kering. Ia kemudiannya dijadikan rokok dengan dibungkus dalam kulit jagung. Kaedah ini juga dikatankan dapat merawat resdung.Untuk rheumatik pula daun kecubung diramas hingga layu an disapukan minyak kelapa. Daun ini kemudiannya dilayurkan pada api dan ditampal pada bahagian yang sakit ketika masih panas.Untuk sakit pinggang dan sengal-sengal badan 4 helai daun kecubung dicampurkan dengan kapur sirih secukupnya dan ditumbuk hingga lumat dan menjadi adunan yang sebati untuk disapukan pada bahagian yang sakit.

English Translation

Commmon Name:
Botanical Name:Datura Metel Linn
Other Name:Horn Of plenty,angel"s trumpet,Downy thorn apple,Devil"s trumpet,
Family:Solanaceae
Location:
origin:

Description:

Usage:


Beri Ulasan Anda


Ulasan pembaca


Kami ada menjual pokok HERBA KECUBUNG, GANDARUSA, GENSENG jAWA, JERANGAU MERAH,  MAHKOTA DEWA DAN BELALAI GAJAH.... Sekiranya berminat sila  sms alamat kepada saya  atau call 0162336604
~ NAZLIE


Ada orang panggil pokok ini pokok terong pungaq ( loghat kedah)
~ raya gurun

boleh buat ubat untuk sakit migrain tak?  Kalau ada yang tau, macam mana caranya?  Tak memudaratkan ke sebab ianya kan beracun.
~ Lyla, Tawau

Kat mana nak dapatkan pokok ni? Ada sejenis lagi yang bunga nya lebih kurang mcm kecubong tp berjuntai ke bawah nama saintifik dia brugmansia berbunga wangi..Saya mmg tgh carik benih utk kedua pokok ni. Any info tlg forward to my email-septemberlimabelas@yahoo.com.my  TQ
~ bujangteruna

Orang dulu-dulu guna pokok ni utk kenakkan cewek yg tolak pinangannya, emak sya tanam satu pokok ja di halaman rmh
~ Nur Arianie

dlm gambar kt atas tu x tunjuk bntuk buah kcubung.. buah die brbntuk agak bulat n berduri n ble dah matang die akan pecah.. atuk sdare sye criter org dulu2 gune buah kcubung nie n dtumbuk lumat n dcmpur dlm masakn n dberi pade jepong2 atau org putih yang suke kacau anak dare dieorg.. hahaha.. kejam wo.. skarg pokok nie blambak kt kliling umh sye n buah die sye keringkan n gne tuk wat ubat resdung.. crenye ala2 bertangas.. cari tmpurung yang ade lubang kat ats die n wat salur tuk d tujukan pade lubang idung atau telinge n biasenye sye pkai buluh kecik.. cri pasu pecah agak2 dlm 2x2 inci n panaskan kt bara arang atau atas dapur gas pun bley smpai die btl2 panas n berbara merah... letak atas tudung periuk lme n tuang sesudu minyak masak ats pasu pecah td.. ltak dlm 10 biji kecubung yang da btl2 kering djmur...tutup ngan tempurung td n akan kuar asap n bunyi spt org masak pop corn.. masukkan salur yg kt tmpurung tu kat dlm lubang idung n hembus nafas slow2..JGN SEDUT ATAU SILAP2 BLEY PENGSAN.. hembus bbrape kali smpai asap die abis... n ulang wat procedure dri awal 3 ke 5 kali tuk sblah idung.. n ble anda buka tmpurung.. tgk ape yg ade kt atas tudung periuk tu.. kalo org yg ade mslah jrawat truk lg byk la benda yg kuar ats tu...skadar ingin berkongsi ilmu...
~ adipotre_69@yahoo.com

kt rmh lama sy dulu ada arwh datuk tnm pkok kcubung. tiap kali org sakit mesti arwh tlg dgn pokok ni. x usah bimbang, pkok ni x jd ketagih wp hisap byk, buat rugi je sbb x rasa apa2.
~ sexygurlzslurp@yahoo.com

hai apak nuar! daun wt masak lemak, pas tu tido giler sbb makan sampai 5 pinggan, jadila mcm ular sawa kenyang. he2! gurau jerrrrrrr.
~ sexygurlzslurp@yahoo.com

sexygurlz nk betulkn, yg x rasa apa2 kalu hsp byk tu adlh bunga kecubung yd dkeringkn, bkn daunny ya.
~ sexygurlzslurp@yahoo.com

hingga sekarang saya tak pernah tahu faedah yang baik dari buah kecubung,padahal mereka tumbuh liar di sekeliling rumah saya,saya hanya tahu buat

euphoria

sahaja,tetapi dengan artikel ini lebih membuka pengetahuan saya tentang tanaman-2 liar di sekeliling saya.
~ bronies09@ymail.com


salam,nenek saya menggunakan bunga kecubung untuk mengubati selsema dengan cara menjadikannya seperti tembakau dan menghisap dengan mengeluarkan asap dihidung,kesannya keluar lendir berketul2 tapi daunnya boleh overdose kalau hisap...jangan woiiii!.lagi satu baby lelaki kalau kena bentan buah zakar ,ambil daun kecubung ,sapukan minyak kelapa dan layuhkan atas api ,kemudian balut buah zakar baby tadi dengan daun tersebut.Insya,allah akan sembuh.
~ rushdi_cute@yahoo.com

eh tok sah jual la pokok ni... bahaya.. takut salah guna...
~ abid(indahcemerlang@yahoo.com)

ada tak pengusaha yang menghasilkan secara komersial rokok kecubung yang dah siap dihisap untuk semput,kalau tak saya harap ada yg buat sebab ini ideal yg berbaloi kan
~ Sal

Tambahan:  Nasihat/Amaran:  Jangan gunakan lesung batu yg dipakai utk kegunaan harian semasa menumbuk buah kecubung yg dibakar utk mengubati kudis (kerana kecubung ni memabukkan). Gunakankanlah bekas lain spt dasor (tempurong) ke, tin susu ke..what ever la..
~ Rema

Setahu saya buah kecubung boleh mengubati kudis.  Ambil buah kecubung yg telah tua, dibakar sehingga hitam, kemudian ditumbuk halus + minyak masak (minyak yg dibuat dari kelapa).  Gunakan selepas mandi utk sapuan ke kulit yang ada kudis.  Pucuknya kalau dimakan memabukkan..
~ teduh45

saya pernah tngok org jawa berubat pasai terkena sihir. pskit disruh bwak beberapa helai daun dan buahnya yg segar  berduri tu disuruh mandi di sebuah kolam yg jauh kedalam utan.mksud nya cam tmpat air terjun.sya sebagai pmbantu mengikutnya bersama pskit trsbut kepergigian air lalu daun dicampak bersama buahnya kedalam kolam dan pskit disruh mandi. anehnya daun tersebut bercantuman satu sama lain berpasangan.yg terlangkup ngan telangkup yg terlentang psngan yg terlentang dan yg pecah2 sama ngan pecah2 seolah2 disusun org tiba2 daun berputar2 mengelilingi pskit tersebut.saya hanya berdiam diri. tkut ada nak cabut lari pun ada.tp semangat, semangat kuat lo.hati bsik siang buta mana ada hantu. pastu pskit dpggil dan dsruh tggal pakaian
jgn tolih belakang sama sekali naik kedaratan.stlah mengena pkaian kami pun cabut...mlam nya pskit mimpi seolah dibwa melayang keudara.keesokan pskit sya nmpak wajahnya ceria dah lupa
pak we endon yg menyihirkan dia. Diapun dah mula smbhyang.Alhamdulilah. skrang ni org jawa tu dah blek endon kat Semarang. Tp jgn taksub.Itu smua adalah kebesaran allah.tiada daya dan kekuatan melainkan izin allah.smpai skrang saya tak paham kenapa daun kecubung dipakai guna dlm perawatan trsebut. nti sya coba tnya org endon.
~ zamtia@gmail.com

saja mencari benih pokok kecubung untuk ditanam kerana banyak khasiatnya untuk perubatan.sesaipa yang ada jual, blh email saya. hafiznawawi3rd@yahoo.com
~ hafiz

tahu kan klo biji kecubung bisa menyababkan kehamilan???so hati2 ja, trus kok bisa ya???
~ nurul fatmawati

To Serai
Kau nak cari makna 'kecubong'...maknanya gila meracau tak tentu pasal...duhulukala nenek aku Lanun kalau ada anak dara best-best dia orang kidnap pakai benda nilah...Jampi-jampi sedikit bakar bawah tangga orang rumah pas tu dalam masa sebatang rokok apong...seluruh rumah grenti merapu-meracau....
~ ok kita on

saya tengah mencari asal makna kecubung, terima kasih.
~ serai

Hei kekawan kalau nak benih pokok kecibung nie mari le kat tempat saya, ada banyak pokok yang saya tanam kat taman herba lu.
~ manna_lilylake@yahoo.com.my

Gambar ini ialah gambar kecubung yang ditanam dilaman saya.Tapi kalau nak tanam pokok ni kena beringat sikit, esp bila ada anak2. letak kat kawasan yang diorang susah nak capai.
~ Noraida Arifin

Kalau nak tangkap orang kebal apapun (kalau ada), buatkan sop sayur pucuk kecubung, bagi dia makan bersama hidangan lain. Lepas makan pasti lentok gila. Bila dah lentok masukkan dalam guni jual kat kongsi Viatnam. Biar Vietnam kasi panggang hidup-hidup, dah masak dia orang kenduri sambil minum Bir Thai Song.
~ Apak Nuar

Ada orang kata, kalau buat sayur masak lemak, sedap. Betul ke? Lepastu tidurpun lena gila.
~ Apak Nuar

heem...ini boleh buat ubat tidor ni.mula la rasa nak buat jahat.
~ zunu

kalau pegi disko boleh bawak daun ni
~ lomicek

berhati-hatilah dengan daun ni sebap sangat merbahaya. daun ini biasa dipakai orang untuk dadah.
~ zaid

eh yang ini ke pokok kecubung. baru-baru ni, saya meronda kat sebuah perkampungan berhampiran taman perumahan tempat saya tinggal untuk cari benih pokok bunga matahari, turi dan betik ketot yang berbuah kuning tapi semuanya belum masak. sambil cari pokok tu, saya sempat tanya kat tuan rumah pokok warna purple yang ditanamnya depan rumah, nampak macam pokok terung tapi besar sikit. dia kata pokok kecubung lah? dia kata pokok tu ada buah kecik-kecik dan bila terkena nanti gatal. ye ke?
~ nz

Kalau kanak-kanak kena keracunan pokok kecubung dan kita biar dia tertidur, apa kesannya ?
~ labo AKK

Pokok kecubung yang sukar didapati pada masa ini amat banyak akibat buruknya, jika buahnya dibelah dan direndam kemudian airnya diminum ia akan mengakibatkan seseorang itu tidak berpeluh dan mukanya akan menjadi merah, selepas itu seseorang itu akan hilang ingatannya dan tidak akan sedarkan diri tentang apa yang dibuatnya. Jangkamasa hilang ingatan ini akan berlarutan sehingga satu hari dan akibatnya mengganggu mental sesorang selama beberapa ketika. Pada zaman dahulu orang tua-tua menggunakan biji buah kecubung ditumbuk halus dan dimasukkan ke dalam minuman untuk menghayalkan tentera jepun.

~ Mie

KERATAN AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA

Pada zaman dahulu kala untuk merawat luka-luka yang serius dan mengelakkan sesaorang pesakit meraung kesakitan, ahli-ahli perubatan menggunakan herba sebagai ubat pelali yang tidak mengandungi dadah sebagaimana yang lazim digunakan sekarang.
Masyarakat dimasa itu menggunakan biji kecubung (atau dalam saintifiknya Datura metel) yang telah dikeringkan dan ditumbuksehingga hancur. Ia dicampurkan dalam minuman atau diasapkan dengan kayau gaharu.

Sesiapa yang terkena asapnya dikatakan akan terasa khayal atau pengsan dalam tempoh beberapa ketika.

Menurut ketua Institut Sains biologi Universiti Malaya, Prof. Mohamed Abdul Majid, penjenayah zaman dahulu sering menggunakan biji tumbuhan ini untuk tujuan jahat.

Beliau menambah, golongan ini turut menggunakan tumbuhan tersebut untuk tujuan memukau mangsa mereka.

Mereka akan tumbuk biji pokok kecubung yang telah dikeringkan sehingga hancur dan mereka bakar biji itu.

Ada ketikanya untuk elakkan bau pokok kecubung, mereka campur sedikaitdengan kayu gaharu untuk menimbulkan bau wangi,

katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, tumbuhan beracun yang senang ditemui dipadang ini turut mempunyai khasiat yang baik dari segi perubatan herba.

Antaranya ialah untuk merawat penyakit kulit, bisul dan sendi serta terseliuh sama ada kaki atupun tangan.

Prof. Mohamed berkata, berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional yang ditemui, tumpuan rawatan tersebut adalah pada daunnya.

Dalam masyarakat Melayu daun kecubung digunakan untuk merawat penyakit kulit, bisul, sakit-sakit sendi dan terseliuh,

ujarnya.

Caranya jelas beliau, adalah mudah - iaitu dengan mengambil beberapa helai daun pokok kecubung yang segar dan layurkan atas api beberapa ketika.

Layurkannya sehingga terbit bintik-bintik air pada daunnya. Bila sudah agak sejuk tampallah daun itu pada tempat yang terkena penyakit tersebut.

Ada juga yang menumbuk beberapa helai daun pokok kecubung sehingga hancur. Campurkan sedikit dengan minyak kelapa dan sapulah ditempat yang terkena penyakit itu

, katnya.

~ -Nor


IKLAN:
ANDA SUSAH NAK DAPAT ANAK
Hai dah lima tahun enkau orang berdua kawin, tak juga menjadi. Apa nak jadi dengan kau orang ni. Kawin dulu emak ngan ayah dah berabih puluh-puluh ribu, tapi tak da hasilnya. Kalau bini kau tu mandul, kawin aja lagi satu. Emak ngan ayah tak buleh tunggu lagi dah.

...kesianlah anak menantu, hina benar rasanya dicerca macam tu.



Tapi takpa, email wak. Mana tahu cara pengubatan wak serasi ngan kamu.




~ bangnuard@yahoo.com.my


Saudara/saudari, Sayan ingin tahu bagaimana sekiranya seseoerang telah merebus akar pokok kecubung ini dan meminumnya.. dan diapati orang itu telah pensan. Dan apa kah risikonya nanti
~ Rahayu

Penagih dadah guna daun dia sebagai alternatif untuk hilangkan gian. Bahaya daun dia ni kalau salah guna
~ acai
Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker
Tumbuhan paling baru dikomen:Dala(10/29/2014)



Resepi
Stevia , pemanis gantian gula
Bahan-bahan:
Stevia dan Pengisar kering atau pengisar kopi

Stevia mula dikenali umum sebagai pemanis tanpa kalori  yang boleh menggantikan gula dalam minuman dan masakan. Hakikatnya kita tidak dapat menentukan ketulenan  pelbagai produk stevia yang disediakan di pasaran. Langkah paling selamat ialah dengan menanam dan memproses sendiri stevia untuk menentukan ketulenannya. Video ini menunjukkan cara mudah untuk menyediakan stevia untuk kegunaan di rumah.
Cara Membuatnya:

~Pengirim:Noraida Arifin


Petua
petua untuk ikhtiar penyakit kanser
Bahan-bahan:
Biji aprikot pahit.

Cara:
1. Seorang kawan yang terkena kanser usus mengamalkan memakan 9 biji aprikot pagi , tengahari dan malam sebagai ikhtiar penyakit yang dihidapinya. In Shaa Allah disembuhkan sakitnya.

2. Seorang makcik mengesyorkan sesiapa yang tidak lagi terkena kanser untuk mengambil 3 biji aprikot pahit setiap hari untuk mencegah kanser. caranya dengan makan seperti makan kacang. Memang pahit tapi alah biasa tegal biasa.

~Pengirim:Nor

Pelawat aktif :26 orang
Carian tumbuhan:

Senarai Tumbuhan (288)

Adenium
African Violet
agave
Aglaonema Pride of Sumatera
Aglonema
Akar Ginseng jawa
Akar Pisang / bunga pisang-pisang
Akar tarum
Alfalfa
Allspice
Anggerik Merpati
Anggur
Asam gelugur
Asam kerat lintang
Asam Kerenda
Ati-ati
Bakawali
Balik adap
Bangun-bangun
Baru Cina
Bauhinia
Bawang putih
Bayam
Bayam karang
Bebuas
Belalai Gajah
belimbing pasir 1
Belimbing tanah
Beluntas
Bemban
Berangan
Beri Hitam
Biji Sawi (black mustard seed)
Bluewings
Bonglai
Bonglai putih
Buah Mentega
Buah susu/Avocado
Buddleia
Bunga bawang merah jambu
Bunga Bawang putih
Bunga butang ungu
Bunga Cina / Melur Cina
Bunga Cina oren
Bunga kenanga
Bunga lawang
Bunga Lidah Kucing
Bunga lili putih
Bunga Matahari
Bunga mayang sari
Bunga melur
Bunga melur vietnam
Bunga ribu ribu
bunga ros jepun
Bunga santalia
bunga tahi ayam
Bunga Tanjung
Bunga Tongkeng
Calalily
Cape honeysuckle
Cekur
Cekur Manis
Cempaka
Cempaka Keling
Cempaka telur
Cempaka Wali
Cemumar
Cendawan susu rimau
Cendawan Tiram Kelabu
Ceri barbados
Cermai
chinese honeysuckle
Cucur atap
Cuphea
Dahlia
Dahlia
Dala
Daun Dewa
Daun segugur
Delima
Depu Pelanduk
Derhaka Mertua
Dukung Anak
Durian Belanda
Ekor Anjing
Embun tengahari
Fire Flash
Flame violet(green)
French Marigold
Gadis Lompat
Gaharu/depu
Gaillardia
Gajus
Galak tua
Gandarusa
Garuda
Gelam Tikus
Gelenggang
Gora
Gorek
Halia
Hamba Raja
Hempedu beruang
Hempedu bumi
Hujan panas
Inai
Jade Vine
Jambu batu
Jarak Minyak
Jarak pagar
Jarum Mas
Jarum tujuh bilah
Jelai
Jeliti
Jerangau
Jeremin
Jeruju
jerun
jintan hitam
Kacang Malabar
Kacang telang
Kacip Fatimah
Kaduk
kancing baju
Kancing Baju Merah
Kantan
Kapalterbang
Kari
kayu manis
Kecubung
Keladi candik
Keladi Tikus
Kelapa
Kemangi
kembang semangkuk
kemoyang
Kemunting
Kemunting Cina
Kenerak
Kerak-kerak nasi
Kerian
Kermak putih
Kesidang
Kesum
Kesumba
Ketumbar jawa
Ketumpangan air
Kopsia
Krosandra
Kucing galak
Kuku Garuda
Kulim
Kunyit
Kunyit Hitam
Lada Hitam
Laici
Lakum
Larak
Lemba
Lemon Balm
Lempoyang gajah
Lemuju
Lemuni
Lengkuas
Lengkuas geting
Lenjuang merah
letup-letup
Lidah buaya
Limau kasturi
Limau Purut
Lontar
mahkota dewa
Maman Hantu
Maman Ungu
Mambu
Manggis
Mas cotek
Mata Ayam
Matakucing Pingpong
Melada pahit
Memali
Mempelas
Mengkirai
Mengkudu
Mengkunyit
Mertajam
Mexican Hat
Misai ali
Misai kucing
Mulberi
Nam Nam
Oregano
orkid pinang
Paku Tunjuk Langit
Pala
Palas
Pandan wangi
Parisan
Patawali
patikan kerbau
pegaga
Penaga
Perah
Peria pantai
Periuk Kera
Petai
Petai belalang
Petunia
Pokok ajaib
Pokok lelipan
Pokok Manjakani(mempening)
Pokok Nilam
Pokok Tea
Pokok Zebra
Pudina
Puding Mas
Pulosari
Pulut-pulut
Purple Heart
Putat
Rosemary
Rozel
Ruku Hitam
Rumput Israel
Sagu Bemban
Salam
Sambung Nyawa
Sarang semut
Sawi Rana
Sedap Malam
Sehelai setahun
Sekentut
Selada
Selada
Selai Jendela
Selasih
Selasih dandi
Selom
Semalu
Sembung
Senduduk
Senduduk Paksa
Senduduk putih
Senna mekah
Sentul
Sepang
Serai
Serai aceh
Serai Wangi
Setawar
Setawar Putih
Sintok
Sirih
Sri Gading
Stevia
Subang nenek
Sundal malam
Sungkai
Sunset Bell
Susun kepala
Tebengau
Teja
Temu hitam
Temu kunci
Temu lawak
Tenggek Burung
Tepus Kesing
Tepus Tanah
Teratai
Terung asam
Terung Kemar
Terung Ranti
Terung susu kambing
Timun betik
Tomato
Tongkat ali
Tongkat Ali Hitam
Tutup Bumi
Ubat Kurap
Ubi ganyong
Ubi jaga
Ubi Kasur
Ubi sarek
Ulam raja
Ulat Bulu
Urang-Aring
Vanila
Yesterday, today, tomorrow
Zodia

Artikel ini disiarkan untuk pengetahuan am dan tujuan pembelajaran semata-mata, artikel ini tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan. Anda disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba.

Melur.com ialah sebuah laman web persendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan atau organisasi atau e-group.

Copyright?Melur.com 2003-2010
email kami di support@melur.com